Khairuddin tidak berminat sertai parti baharu bersama Muhyiddin

Khairuddin tidak berminat sertai parti baharu bersama Muhyiddin

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini, menyatakan pendiriannya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak.

Datuk Seri Khairuddin Abu HassanBekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini, menyatakan pendiriannya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak.

Beliau berkata,pada hakikatnya, beliau bukan seorang yang bercita-cita politik untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam parti baharu itu.

“Saya akan meneruskan perjuangan untuk melawan amalan rasuah secara habis-habisan di negara kita.

“Saya tidak perlu berada dalam parti politik untuk mencapai matlamat melawan penyelewengan kes skandal 1MDB khususnnya,” ujarya kepada Malaysia Dateline.

Menurutnya lagi, sebelum Muhyiddin yang juga bekas naib presiden Umno dan timbalan perdana menteri itu, bercakap tentang isu 1 Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) beliau secara bersendirian ujarnya, telah pun mengambil langkah proaktif memerangi kes skandal 1MDB bersama dengan beberapa pemimpin-pemimpin pembangkang.

“Sekiranya kita ikhlas untuk berjuang; tanpa sebarang jawatan politik pun kita boleh berjuang. Malahan lebih mudah untuk saya berjuang lawan kemungkaran korupsi Majib atas kapasiti peribadi tanpa sebarang kongkongan dari mana-mana pihak.

“Hubungan peribadi saya dengan Tun Mahathir akan tetap terjalin erat. Tun Mahathir adalah segala-galanya bagi saya. Beliau adalah seorang tokoh negarawan terulung yang amat ikhlas kepada kesejahteraan bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini.

“Tidak ada sesiapapun yang boleh pisahkan saya dengan Tun Mahathir melainkan Allah swt .

“Dalam apa jua situasi, saya akan tetap setia serta taat pada beliau atas dasar peribadi.

“Secara peribadi juga, saya akan tetap memberi apa saja bentuk bantuan yang diperlukan oleh Tun Mahathir pada setiap detik dan setiap masa.

“Setakat ini saya agak puashati dengan sumbangan kerdil di dalam membantu Tun Mahathir menjayakan Deklarasi Rakyat bersama-sama dengan semua rakan-rakan seperjuangan yang lain dari pelbagai parti politik dan NGO,” ujarnya.

Khairuddin juga memberitahu peranannya bersama kumpulan Tun Mahathir ini akan berakhir sejurus pendaftaran parti baharu ditubuhkan nanti.

“Sekarang parti baharu akan diwujudkan secara rasmi. Peranan saya akan tamat apabila parti baharu ini didaftarkan secara rasmi.

“Apapun saya akan berbincang secara lebih lanjut dan menzahirkan hasrat ini kepada Tun Mahathir apabila beliau pulang dari luar negara kelak,” ujarnya.

Khairuddin berkata beliau secara rasmi akan mengadakan sidang akhbar secara terperinci berkaitan perkara ini  dijangka selepas 10 Ogos ini.

TAGS