Khairul Amin Ketua AMK Kelantan selepas Mohd Hafidz dipecat

Khairul Amin Ketua AMK Kelantan selepas Mohd Hafidz dipecat

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tumpat Mohd Khairul Amin Abd Rahman (tengah, bersongkok) dilantik sebagai Ketua AMK Kelantan menggantikan Mohd Hafidz Rizal Amran yang dipecat semalam.

Pelantikan itu dikeluarkan Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui satu surat rasmi bertarikh semalam.

“Berdasarkan apa yang diperuntukkan mellaui Perkara 124 Peraturan Angkatan Muda Keadilan2014, saya dengan ini melantik saudara sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kelantan berkuat kuasa serta merta,” kata surat itu.

Mohd Hafidz AMK KelantanTerdahulu semalam, Hafidz (gambar kanan) dipecat atas alasan sebagai memenuhi permintaan ahli parti di negeri itu dan selepas perbincangan minggu lepas.

Nik Nazmi berkata, keputusan itu dibuat selepas Pemuda PKR Pusat dan negeri mengadakan perbincangan minggu lepas.

“Keputusan ini dibuat selepas ‘follow up’ minggu lepas semasa saya berada di luar negara, pimpinan Pemuda Pusat turun ke Kelantan dan bertemu Pemuda Kelantan termasuk Hafidz Rizal.

“Jadi kita dapat maklum balas daripada Pemuda Kelantan, dari situ kita buat keputusan dan disampaikan kepada presiden dan keputusan untuk tukar dibuat,” katanya kepada FMT.

Nik Nazmi juga menafikan keputusan pemecatan Hafidz Rizal susulan kecenderungan beliau bekerjasama dengan Pas dan membantah keputusan PKR Pusat mengarahkan ahli PKR Kelantan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.

“Keputusan itu tidak ada kaitan dengan dakwaan itu, ia dibuat disebabkan permintaan daripada Pemuda sendiri,” katanya seperti dipetik FMT.

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS