Malaysia Dateline

Khairul Aming kongsi bagaimana kuasa TikTok boleh bantu kedai makan jadi viral, pengikut kurang pun boleh ‘FYP’

Usahawan Digital, Khairul Amin Kamarulzaman yang naik sebagai ‘content creator’ di Instagram, berkongsikan kepada orang ramai bagaimana kuasa viral di TikTok boleh mempengaruhi sesuatu produk sehingga menjadi viral.

Menerusi ciapan usahawan muda itu, dia memberitahu bahawa platform TikTok kini boleh dianggap sebagai ‘a happy place’ dengan pelbagai kandungan yang ringan, menghiburkan dan padat.

Kerana itu katanya, dengan hanya video pendek tentang sebuah restoran yang tidak popular pun boleh menjadi topik perbualan di TikTok.

Tetapi bagaimana kedai boleh viral dalam masa hanya semalaman? Dan boleh ke semua video di TikTok tentang sesuatu produk atau kedai itu menjadi viral? Kami kongsikan ciapan penuh Khairul Aming seperti di bawah.

First, Tiktok punya barrier to entry tu tak susah macam Instagram atau Youtube. Akaun yang small followers pun boleh masuk FYP asalkan video tu menarik dan orang nak engage. Benda ni bagi freedom kepada sesiapa untuk sampaikan sesuatu story kepada orang ramai dengan mudah (no middle man).

So assuming ada kedai makan jual Kunafa, and 200 orang pergi. 10 orang buat video pasal kunafa ni, and 1 orang masuk fyp dgn views 500k. So sekarang 500,000 orang kenal kedai kunafa ni dengan effort seorang pelanggan ni. What happens next?

Crowd kedai yang 200 orang naik ke 2,000 orang, dan daripada 10 orang buat video now dah naik ke 100 orang. Daripada 100 orang ni 10 orang lagi FYP dengan 500K views menjadikan total exposure 500K x 10 = 5 juta exposure. Bila benda ni terjadi maka wujudlah title “makanan viral”.

Sebab tu kadang-kadang ada kedai makan letak banner “satay ayam viral” tapi sebenarnya tak viral. Sebab proses viral ni perlu terjadi dengan sendiri and require participation dari orang ramai. Owner sendiri tak boleh claim benda tu viral kalau ia bukan viral.

Ni satu real life example. Hari tu aku ada nampak donut Starbucks yang letak caramel tu kat FYP Tiktok. Video tu ada 1.6M views. Hari keesokan aku pergi Starbucks, order benda sama and buat video juga. Video aku tu pun masuk FYP juga dengan 2.3M views.

And then ada next person pergi Starbucks selepas tengok my video. So chain of reaction tu bersambung and Starbucks dapat berjuta-juta free exposure marketing tanpa kos. Ini yang orang panggil User-Generated Content (UGC) and it’s very effective, cheap, honest and scalable marketing method

Korang kenal kan daging wagyu stick yang viral kat bukit bintang tu? Aku cuba pergi sana untuk tengok macam mana situasi viral tu in real life. And as you can see dalam gambar ni, this guy tengah record video Wagyu tu untuk dijadikan next content

Tapi adakah bermaksud semua kedai boleh viral bila orang pergi buat video? tak juga. Sesuatu benda tu akan viral kalau menarik minat. Usually kalau kedai tu ada menu unik, kedai cantik, or strong storytelling, kedai tu akan ada reason untuk viral.

Baca juga: “Kalau bertembung lori tangki baru ada akal” – Polis pengiring potong di garisan berkembar cetus kemarahan ramai

Baca juga: