Malaysia Dateline

Khairulaming dipuji pandai hargai staf bawa cuti ke Genting Highland, siap duit poket

Khairulaming nama yang tidak asing lagi mendapat pujian ramai kerana pandai menghargai staf dengan bawa mereka bercuti 4 hari 3 malam di Genting Highland.

Bukan sahaja dapat bercuti di tanah tinggi yang sejuk dan nyaman itu , 50 staf Sambal Nyet dari Kelantan turut diberi duit poket untuk membeli belah di sana.

Suasana meriah dan gembira kakitangannya sebaik tiba di pusat peranginan dikongsi oleh tukang masak terkenal itu dalam satu video di media sosial miliknya.

Khairulaming menjalankan perniagaan sambal hasil air tangannya sendiri yang dikenali sebagai Sambal Nyet dan beliau dikatakan berjaya meraih jualan RM7.5 juta dalam setahun.

Khairulaming dipuji pandai hargai staff bàwa cuti ke Genting Highland, siap duit poket
Staff terkejut apabila tiba-tiba mereka dapat duit poket

Selama menjual sambal tersebut secara online hingga berjaya mencapai angka jualan puluhan ribu botol, caranya yang sangat berhemah dalam berniaga juga amat dipuji.

“Recap company retreat untuk semua 50 orang staff Sambal Nyet kat Genting Highland selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar and everyone was happy. InshaAllah nanti kita share lagi banyak rezeki dengan semua staff,” tulisnya di Twitter.

Kakitangannya diberi hotel lima bintang dan juga duit poket untuk membeli belah di Genting Premium Outlet. Selain itu, mereka turut dibawa ke Taman Hiburan Genting Skyworlds sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.

Perkara itu telah mendapat reaksi positif daripada warganet dengan pelbagai komen-komen positif. Rata-rata mereka memujinya kerana berhati besar menjaga kebajikan pekerja.

“Sangat kagum dengan awak! Awak beri layan baik kepada semua kakitangan. Macam ni la contoh majikan yang terbaik sebab bagi rewards dekat staf dengan bawak staf pergi berjalan dan siap bagi duit poket lagi.

Staf seronok majikan gembira

“Teruskan momentum macam ni ya KA. In Shaa Allah makin luas lagi rezeki syarikat Sambal Nyet,” kata warganet bernama wallawaniey.

“Dekat mana boleh apply kerja kosong ni? Saya degree aquaculture boleh bela ikan dekat akuarium rumah abang,” komen Melur.

Terdahulu, tukang masak popular media sosial ini pernah ‘pecah rekod’ apabila sebanyak 10,000 botol Sambal Nyet berjaya terjual hanya dalam masa 54 minit saja.

Kemunculan sambal buatan air tangannya itu pada waktu tersebut seakan-akan fenomena baharu. Boleh dikatakan ramai netizen khususnya pengikutnya terpaksa bersiap siaga untuk ‘memburu’ sambal tersebut sebaik saja ia dilancarkan.

Baca juga: Sedih, kerana enggan lompat parti, mama dan abuyah turut diheret ke mahkamah, kata Syed Saddiq

Baca juga: Muhyiddin tuntut Ismail Sabri berikan semula kuota Bersatu selepas Zuraida keluar parti