Khairy anggap lebih baik Najib kurang bercakap

Khairy anggap lebih baik Najib kurang bercakap

Secara berterus-terang bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan Datuk Seri Najib Razak lebih baik kurang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, walaupun tiada masalah untuk Najib berbuat demikian tetapi bekas Presiden Umno berkenaan mudah dipatahkan dengan kontroversi 1MDB yang juga penyebab BN kecundang.

“… Kalau beliau (Najib) kurang bercakap, lebih baik untuk Umno… apabila beliau bangkitkan point, ada sambutan okay.

“Tetapi cara paling mudah untuk patahkan hujah adalah 1MDB. Itu kita tidak boleh nafian,” dipetik dari wawancara di Mingguan Malaysia hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, banyak hal berkaitan 1MDB tidak dimaklumkan kepada Kabinet ketika Najib menjadi Perdana Menteri.

“Bila (Menteri Kewangan) Lim Guang Eng membangkitkan soal pembayaran hutang RM7 bilion hasil penjualan tanah kerajaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) RM2 bilion,” ujarnya.

Beliau turut mendedahkan Kabinet sebelum ini tidak diberitahu bahawa RM2 bilion itu diguna untuk membayar hutang 1MDB.

“Apabila kita kalah dan didedahkan oleh Guan Eng, baru kita tahu. Guan Eng tanya, tahu ke tidak? Memang kita tidak tahu.

“Jadi, kenapa saya sekarang ini agak lantang mengkritik Najib tetapi dahulu kita sokong?

“Sebab ada banyak benda yang sudah didedahkan, beliau tidak beritahu kita. Itu antara sebab saya terpaksa kritik,” tegas Khairy lagi.