Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook tidak menolak persaingan sengit akan berlaku di Parlimen Seremban jika Khairy Jamaluddin dijangkan akan bertanding di situ.
Bagaimanapun beliau tidak sekali-kali gentar jika Khairy akan bertanding melawanya di kerusi Parlimen itu.
“Sekiranya benar Kahiry bertanding di Parlimen Seremban, maka persaingan ini amatlah sengit dan akan menjadi antara kerusi yang paling “panas” dalam PRU15.
Beliau tidak juga menafikan Khairy merupakan tokoh politik yang berkaliber dan sudah tentu merupakan ‘opponent’ yang kuat di mana sahaja beliau bertanding.
Setiausaha Agung DAP juga berkata, beliau akan menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran dalam perjuangan politik walaupun berhadapan dengan Khairy atau sesiapa pun yang dicalonkan oleh pihak lawan.
“Biarlah rakyat dan pengundi di Parlimen Seremban menilai dan memutuskan sama ada saya terus layak mewakili kepentingan dan suara mereka di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau itu mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.
Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.
Baca juga: Polis buru pemandu Wira Aeroback TAC 5688 langgar mati pegawai Imigresen
Baca juga: “Tua-tua nak jadi penyondol juga”- Netizen kecam wanita dah berusia rampas suami orang