Malaysia Dateline

Khairy jangan celupar mulut, bidas Perkasa

Pengerusi Biro Pendidikan Datuk Sirajuddin Salleh berkata, menteri belia dan sukan itu tidak memahami sejarah pendidikan dan perlembagaan negara kerana terlalu terdesak untuk memancing undi bukan Melayu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“”Perkasa amat kecewa dengan kenyataan itu dan hampir seluruh hadirin yang hadir pula akui PSA mampu memupuk perpaduan nasional.

“Kita membantah sekeras kerasnya untuk SBP dijadikan mangsa kepada penutupan SV.

“Apakah Khairy disogok oleh mana mana pihak untuk bercakap begitu? atau terlalu terdesak untuk memancing undi bukan Melayu?

“Nampaknya beliau tidak memahami sejarah dan Perlembagaan negara. Amat malang dan memalukan apabila seorang menteri Melayu, keterlihatan tidak faham dan gagal membezakan SV dengan dasar SBP,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Isnin, mempersoalkan tiada sesiapa yang berani menghapuskan sekolah vernakular walaupun ia baik untuk menggalakkan perpaduan dalam negara ini.

Kenyataan itu dipercayai dibuat Khairy pada sesi TN50x (Tranformasi Nasional 2050) di hadapan 250 pegawai Petronas itu ujarnya lagi, menjadi lebih malang apabila Khairy berkata, menutup SV sebagai jalan pelaksanaan PSA yang disokong majoriti hadirin. Namun untuk berlaku adil SBP juga perlu ditutup.

Sirajuddin yang juga Timbalan PresidenPerkasa  berkata, SBP adalah sejajar dengan semangat Perlembagaan Persekutuan Fasal 153. Matlamatnya ialah untuk memberikan peluang pendidikan saksama untuk anak anak Melayu Bumiputra miskin dari luar bandar.SBP dapat diberikan kemudahan infrastruktur yang saksama serta pengajaran-pembelajaran yang bermutu tinggi.Malah SBP telah dijadikan wahana untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Oleh itu Khairy janganlah celupar mulut, menyakitkan hati orang Melayu dan bertentangan dengan wawasan Tun Abdul Razak dan dimantapkan oleh Tun Hussin Onn dan Tun Dr Mahathir.

“Beliau setidak-tidaknya hendaklah faham perkara ini dan mengatakan bahawa perpaduan dan keamanan adalah prasyarat terpenting untuk kemajuan dan kemakmuran negara dan satu dari dua tonggak DEB ia lah perpaduan nasional.

” Beliau juga jelas tidak faham sejarah negara.Pertama,jangan sesekali lupa semasa hendak mencapai kemerdekaan dahulu, penjajah British memberi hak keistimewaan orang orang Melayu saperti termaktub dalam Perlembagaan dan kewarganegaraan kepada orang Cina dan India.

“Andainya mereka tidak setujui,mereka boleh dibawa pulang ke lndia atau China,atau kemana mana jajahan takluk British.Mereka bersetuju memberi hak istimewa orang orang Melayu.Jadi janganlah perkara ini dibangkitkan lagi.

“Sekolah berasrama penuh dan biasiswa adalah sebahagian hak istimewa itu.Kalau ada mana mana pihak yang tidak faham asas ini,mereka harus pelajari sejarah negara ini.

“Oleh yang demikian beliau sebagai pemimpin muda di dalam kerajaan seharusnya mengajak rakyat untuk menerima gagasan sekolah satu aliran,ceritakan pentingnya kepada negara dan membina keberanian politik yang amat diperlukan kini.

“Beliau sebaliknya memberi gambaran bahawa pendidikan satu aliran tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan.Keadaan ini akan sekali gus merobek perpaduan nasional yang akan membawa negara ke arah kehancuran.

“Pendek kata beliau perlu faham sejarah dan perlembagaan negara disamping menjiwai DEB,” ujarnya.