Khairy letak jawatan Komander 508 Askar Wataniah hari ini

Khairy Jamaluddin (kanan) ketika menyerah surat peletakan jawatannya sebagai Komander 508AW kepada Brid Jen Datuk Zainal Abidin M Said.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan surat peletakan jawata sebagai Komander 508 Askar Wataniah.

Beliau menerusi twitternya berkata penyerahan surat peletakan jawatan itu dierahkan kepada Brid Jen Datuk Zainal Abidin M Said.

“Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampi lima tahun saya menjadi Komander,” ujarnya.

Ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini, bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno itu dipetik  berkata, permohonan itu diserahkan kepada Asisten Panglima Bahagian Simpanan, Brig Jen Datuk Zainal Abidin M Said, dalam satu pertemuan di Kementerian Pertahanan, pagi tadi.

“Saya sudah serahkan permohonan ini pagi tadi dan menunggu keputusan sama ada diterima atau tidak.

“Permohonan ini dibuat kerana kehadiran saya dalam Askar Wataniah dan dalam Tentera Darat Malaysia tidak lagi diundang.

“Oleh itu, lebih baik saya mengundur diri,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dilaporkan berkata, pihaknya akan mengkaji semula amalan pengurniaan pangkat dan pemakaian tentera kepada ahli politik dan selebriti.

Katanya, ia bagi menghormati kedudukan tentera dan mengelak nilai pangkat serta gelaran pasukan itu direndahkan.

 

CATEGORIES