Malaysia Dateline

Khairy mengaku pemimpin langgar SOP burukkan kerajaan PN

Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mengakui tentang isu beberapa menteri Kabinetnya melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang usaha kerajaan membendung penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata demikian ketika ditemui portal berita Sydney Morning Herald yang berpengkalan di Australia dan juga portal The Age.

Beliau mengakui, berita-berita yang melaporkan tentang tindakan menteri kerajaan yang melanggar peraturan, telah mencemarkan kredibiliti kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

“Saya rasa berdasarkan hal itu, kami telah membuat beberapa kesalahan di sana,” katanya seperti dipetik portal berkenaan.

Antara pemimpin yang dilaporkan melanggar peraturan Covid-19 termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed