Khaled Mashal ganti Yahya Sinwar, menurut laporan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Khaled Mashal hari ini dinamakan sebagai pengganti Yahya Sinwar susulan kematian pemimpin Hamas Yahya Sinwar semalam, menurut laporan LBCI Lubnan dan TASS Rusia. Beliau adalah Ketua Pejabat Luar Negara Hamas sebelum ini.

Sumber dalaman memberitahu TASS Rusia dan LBCI Lubnan bahawa Meshaal kini bertanggungjawab untuk berunding dengan pihak terlibat berkaitan pembebasan tawanan Israel

Sumber itu memberitahu bahawa kepimpinan Hamas sudah melaporkan kepada Türkiye, Qatar dan Mesir tentang kematian Sinwar dalam pertempuran dengan IDF di Tal Al Sultan, Rafah

Namun dengan Khaled Meshaal mengetuai rundingan dijangka semakin sukar untuk Israel mendapat apa yang mereka inginkan.

Laporan lanjut menyusul