Malaysia Dateline

Khalid anggap sindiran Najib sebagai teguran santai

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad hari ini menganggap sindiran Najib Razak di media sosial sebagai teguran santai kepada kerajaan.

Menurut Menteri Wilayah tersebut, reaksi bekas Perdana Menteri itu di Twitter memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Kami terima perkara (kritikan Najib) itu sebagai satu cara teguran yang santai dan dalam good spirit, saling berjenaka.

“Tetapi saya rasa beliau memang lebih bagus sebagai pembangkang dan memberi teguran yang sedemikian.

“Dia sebut nama saya, jadi saya sebut nama dia balik. Kalau tidak, nanti dia kecil hati pula,” kata Khalid selepas melancarkan acara larian di Kuala Lumpur bagi golongan kurang upaya dipetik Astro Awani.