Khalid berjanji selesaikan isu kenaikan kadar sewa rumah di Putrajaya

Khalid berjanji selesaikan isu kenaikan kadar sewa rumah di Putrajaya

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berjanji akan menyelesaikan segera isu kenaikan kadar sewa rumah di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya dengan secepat mungkin.

Beliau berkata demikian kepada wakil penduduk yang datang bertemu beliau di pejabatnya semalam.

dalam posting di facebook beliau semalam Khalid memaklumkan beliau menerima kunjungan daripada Wakil Penduduk Blok G & F Putra Damai Presint 11 berkenaan isu kenaikan sewa rumah.

“Saya berjanji akan membincangkan perkara ini semula agar mendapat penyelesaian terbaik,” katanya.