Malaysia Dateline

Khalid dapat pengecualian PKPB rentas negeri

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Ibrahim telah mendapat pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menghadiri Konvensyen AMANAH Perak pada 17 Oktober lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam itu telah mengemukakan surat permohonan pengecualian tersebut kepada Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam pada 15 Oktober lalu.

“Surat kebenaran ini terpakai kepada YB Khalid Samad berserta pegawai yang turut serta dalam konvensyen tersebut.

“Perjalanan rentas daerah/ negeri ini diteruskan setelah pihak YB Khalid Samad mendapat permit kebenaran pergerakan PKPB daripada pihak Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pada tarikh sama,” dipetik dari Facebook Friends of Khalid Samad hari ini.

Hantaran di media sosial itu sebagai reaksi terhadap Facebook Che’GuBard Original pada 18 Oktober lalu yang mempersoalkan tindakan Khalid yang dikatakan telah melakukan rentas daerah atau negeri.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan PKPB bermula 14 hingga 27 Oktober ekoran peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19.

Setakat semalam, Selangor mencatat 77 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,250 kes.