Malaysia Dateline

Khalid Abu Bakar

Khalid digesa buktikan siasatan polis ke atas 1MDB

“Saya memohon pencerahan daripaada Khalid sama ada PDRM sudah menyiasat Najib Razak, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz serta keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat 1MDB?

“Semua penama-penama ini sudah dipanggil untuk proses siasatan ataupun belum?

“Kalau Khalid kata siasatan belum selesai macamana beliau kata saya ditangkap pada tahun 2016 kerana cuba sabotaj ekonomi negara?,” soal Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Beliau mengulas kenyataan Khalid pada Ahad yang dipetik berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu 1MDB.

Khalid disoal wartawan sama ada terdapat sebarang arahan dari pejabat peguam negara berhubung kertas siasatan yang diserahkan oleh polis.

Polis menubuhkan sebuah pasukan penyiasat pada April 2016 untuk meneliti laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, sehari selepas laporan berkenaan dibentangkan.

Pada April tahun ini, Khalid memberitahu bahawa siasatan itu telah selesai.

Pada 17 Jun lalu, Khalid berkata beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pejabat peguam negara berhubung kertas siasatan yang diserahkan oleh polis.

Khairuddin Abu Hassan 4 Justeru Khairuddin berkata, beliau hairan dengan sikap Khalid yang berkata, peguan Negara mengarahkan PDRM menyiasat kes 1MDB secara lebih mendalam.

Ini kerana dakwa Khairuddin lagi, beliau telah membuat laporan sejak 3 tahun lalu, soalnya, adakah siasat masih belum diselesaikan?

“Kenapa negara-negara luar yang saya buat laporan seperti singapura, switzerland, amerika syarikat, hong kong, peranchis serta united kingdom sudah pun selesai dengan siasatan-siasatan mereka?!

“Malahan, di singapura dan amerika syarikat tindakan undang-undang sedang serta sudah diambil keatas semua pengkhianat yang terlibat dengan kes skandal kewangan terbesar di dunia pada dekad ini.

“Di singapura dah ramai yang ditangkap, didakwa serta dijatuhkan hukuman penjara.

“Kenapa Apandi Ali selaku peguam negara tidak mahu bekerjasama dengan pejabat peguam negara switzerland di bawah persefahaman ‘legal mutual assistance’ untuk menyiasat kes penyelewengan 1mdb secara bersama?

“Negara singapura paling hampir dengan Malaysia. Saya pun dah buat laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang di sana.

“Tetapi adakah pihak PDRM atau pejabat Peguam Negara memohon kerjasama dari pihak penguatkuasa undang-undang Singapura yang telah pun memenjarakan semua konspirator yang terlibat dalam kes skandal 1MDB?.

“KPN kata pihak PDRM masih lagi siasat kes skandal 1MDB tetapi sehingga bila?” soalnya lagi.

Sebagai rekod tekanan ke atas pejabat Peguam Negara dan PDRM semakin meningkat susulan pemfailan saman sivil terbaru oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB pada 15 Jun lalu.