Malaysia Dateline

Khalid harap Muhyiddin, Azmin dikenang sebagai pengasas politik khianat

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri nombor satu kerajaan pintu belakang.

Dalam masa, beliau juga mengumumkan Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri terkanan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Maka dengan itu, secara rasminya, kita isytiharkan TS Muhyiddin PM nombor 1 kerajaan pintu belakang dan DS Azmin Ali menteri terkanan kerajaan pintu belakang nombor 1 Malaysia.

“Semoga kedua-dua mereka dikenali dan diingati sebagai pengasas politik khianat dan kerajaan pintu belakang,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Mengulas permohonan maaf Muhyiddin kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mempertikai tindakan itu yang seperti mengharapkan legitimasi.

Sehubungan itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan tersebut berharap Dr Mahathir bertegas dengan pendirian untuk terus bersama Pakatan Harapan (PH).

“Selepas khianat Tun (Dr Mahathir) dan bawa lari parti PPBM keluar PH, nak minta maaf? Senang-senang saja sedangkan telah membuka ruang musuh memasuki kota.

“Semoga Tun berdiri tegas atas prinsip. Tiada kerajaan pintu belakang atau kerajaan tingkap mahupun bumbung,” sinis Khalid lagi.