Malaysia Dateline

Khalid lancar apps untuk Residensi Wilayah

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini melancarkan apps untuk memudahkan pembeli membeli rumah Residensi Wilayah.

Melalui apps ini, pembeli dengan mudah memesan rumah-rumah di bawah Residensi Wilayah yang dipertingkatkan kualiti dan nilainya dengan harga yang sama iaitu di bawah RM300,000 seunit.

“Residensi Wilayah lebih luas iaitu hingga 900 kaki persegi dan 1000 orang se ekar tetapi kekal dengan harga bawah RM300,000 iaitu dibawah harga pasaran,” kata Khalid.

Umur pembeli dinaikkan ke umur 21 tahun dari 18 tahun bagi mengawal pembelian atas nama pihak lain.

“Kita harap mereka tak salah guna nama untuk pihak lain kerana jika diberikan guna, mereka tak berpeluang lagi sebab boleh sekali sahaja,” katanya.

Dari segi dasar, katanya, rumah masih diperlukan di Kuala Lumpur bukan pejabat.

“Kita harap banyak rumah lagi dibina di KL untuk memenuhi konsep TOD iaitu transport orientation development,” katanya.

Melalui konsep ini, rumah dibina berhampiran stesen pangangkutan awam seperti LRT MRT atau monorel bagi memudahkan mereka menggunkan pengangkutan awam untuk pergerakan mereka di ibu kota.