Khalid lancar projek rangsangan ekonomi ke 4 di Wilayah Persekutuan
Khalid melancarkan Kiosk @ 11 hari ini selepas melancarkan peluang pekerjaan, projek kecil dan skim mikro kredit untuk warga Wilayah Persekutuan.

Khalid lancar projek rangsangan ekonomi ke 4 di Wilayah Persekutuan

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad melancarkan satu lagi projek untuk membantu rangsangan ekonomi di Wilayah Persekutuan hari ini iaitu Kiosk untuk peniaga kecil memasarkan barangan mereka.

Keempat-empat bertujuan memberikan peluang perniagaan, pekerjaan, projek dan modal untuk untuk warga Wilayah Persekutuan.

Kiosk @ 11 adalah berupa 12 unit kiosk yang dibina di Presint 11, Putrajaya. Kini Putrajaya sudah mempunyai 3 kiosk sebegini dan dua lagi akan dibina tidak lama lagi.

Sebelum ini Khalid telah melancar tiga projek rangsangan ekonomi iaitu membuka peluang pekerjaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada lebih 200 kakitangan baru dengan peruntukan RM10 juta untuk tahun ini, RM50 juta untuk projek kecil kelas G1 di Kuala Lumpur dan Skim Mikro Kerdit.

“Keempat-empat projek ini bertujuan untuk memberikan rangsangan kepada aktiviti ekonomi di samping membantu golongan B40 untuk berniaga dan golongan muda untuk mendapatkan pekerjaan,” kata Khalid kepada media hari ini.

Khalid berharap, mana-mana peniaga yang tidak mempunyai modal boleh mendapatkan pinjaman Skim Mikro Kredit yang telah dilancarkan baru-baru ini.