Khalid Samad didenda RM2900 mengajar tanpa tauliah

Khalid Samad didenda RM2900 mengajar tanpa tauliah

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dijatuhkan hukuman denda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dijatuhkan hukuman denda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Pengarah Komunikasi Amanah itu didakwa melakukan kesalahan itu di Surau Taman Seri Sementa, Klang, pada 16 Ogos 2011 lalu.

Sekiranya gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjarakan selama tiga bulan.

Khalid, yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor III, didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Denda RM2,900 ini tidak menjejaskan kedudukan Khalid sebagai ahli parlimen.

Menurut Khalid, kejadian itu berlaku ketika beliau baru pulang dari Gaza.

“Saya balik dari Gaza, Palestin pada tahun 2011 dan saya telah dijemput ke surau untuk memberi ceramah mengenai perjalanan saya ke Gaza.

“Ceramah itu diberikan di surau dan ketika itu orang Jais menunggu saya, mereka mengambil video ucapan saya dan mendakwa saya mengajar tanpa tauliah.

“Saya memberitahu mereka bahawa saya bercakap tentang perjalanan saya, tetapi mereka masih berkata ia merupakan kesalahan,” katanya.

 

TAGS