Khalid sasar 6 paksi utama 2019 untuk Wilayah Persekutuan

Khalid sasar 6 paksi utama 2019 untuk Wilayah Persekutuan
Khalid mensasarkan 6 paksi utama untuk dilaksanakan beliau di Wilayah Persekutuan sepanjang 2019.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menggariskan enam paksi utama untuk beliau laksanakan di kementerian beliau sepanjang tahun 2019 ini dengan tema ‘Wilayah Peduli, Harapan dipenuhi’.

Perkara ini disampaikan oleh beliau dalam sessi ramah mesra dengan media di Putrajaya lewat petang semalam.

Enam paksi utama itu adalah Wilayah bersih, keselamatan awam, pengangkutan awam yang cekap, sosio ekonomi yang mampan, persekitaran hijau dan komuniti eksklusif.

Melalui setiap paksi itu, Khalid telah menggariskan pelbagai program untuk beliau laksanakan sepanjang tahun ini.

Yang paling menarik adalah program kebajikan yang beliau gariskan untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Antaranya projek Van Wilayah, bas Medik, perumahan rakyat, pembangunan Kampung Baru dan sebagainya.

Pemilihan Kuala Lumpur Kota Buku Dunia pada 2020 juga bakal dijadikan oleh beliau sebagai platfom untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kegiatan yang berkaitan dengannya sepanjang tahun 2019 ini.