Khalid sokong 3 langkah Annuar Musa, cadang 3 lagi
"Bagi saya ia adalah langkah yang positif bagi menangani penularan wabak ini. Namun begitu, saya berharap Putrajaya dan Labuan tidak dilupakan ketika menangani isu di Kuala Lumpur," kata Khalid dalam satu kenyataannya.

Khalid sokong 3 langkah Annuar Musa, cadang 3 lagi

Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad memberikan sokongan penuh keputusan kementerian itu di bawah menteri baharu Datuk Seri Annuar Musa yang telah membuat tiga langkah untuk mengurangkan bebanan warganya ekoran penularan wabak Covid-19.

“Bagi saya ia adalah langkah yang positif bagi menangani penularan wabak ini. Namun begitu, saya berharap Putrajaya dan Labuan tidak dilupakan ketika menangani isu di Kuala Lumpur,” kata Khalid dalam satu kenyataannya.

Di samping langkah tersebut, Khalid memberikan tiga cadangan tambahan untuk dipertimbangkan oleh kementerian itu.

Antaranya:

1. Pengecualian bayaran sebulan sewa bagi penyewa rumah DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan di kalangan penyewa B40.

2. Memberikan bantuan kewangan untuk penjaja berlesen di Wilayah Persekutuan ekoran penutupan kedai mereka.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas menangani Covid-19 peringkat Wilayah Persekutuan ditubuhkan.