Malaysia Dateline

Khalid tunjuk surat cadangan nilaian tanah Kampung Baru

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mendedahkan surat dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mengenai nilai harta tanah bagi pasaran kawasan Kampung Baru.

Ini susulan dalam sesi Town Hall membabitkan kehadiran 2500 pemilik dan pewaris Kampung Baru pada Sabtu lepas, apakah tawaran harga sebenar dinilai oleh JPPH, telah dipersoalkan oleh salah seorang hadirin.

Dalam sekeping surat bertarikh 9 Mei 2019 itu JPPH telah menjalankan anggaran nilaian ke atas tanah Kampung Baru dan berpendapat bahawa nilai tanah Kampung Baru pada 10 Mei 2019 adalah antara RM7,000 semeter persegi hingga RM9,150.00 semeter persegi (RM650.00 sekaki persegi hingga RM850.00 sekaki persegi).

Surat JPPH yang ditandatangani oleh Penilai Daerah ,JPPH Wilayah Persekutan itu, menyatakan anggaran nilaian yang disebutkan itu telah mengambil kira beberapa perkara sebagaimana yang dipohon Kementerian Wilayah Persekutuan.

Ia meliputi tujuan pembangunan bagi perkara berikut:

i) Kategori kegunaan tanah adalan ‘Bangunan’ dan syarat nyata ‘Kediaman’.
ii)Sekatan kepentingan adalah ‘Tanah ini tidak boleh dipindahkanmilik kepada bukan Melayu.
iii) Lot subjek dizonkan sebagai kawasan Perdagangan Pusat Bandaraya (CCC) dengan nisbah plot 1:10.0
iv)Pegangan hak milik adalah kekal
v Lokasi dan kedudukan tapak lot subjek terletak di Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (Mas) Kampung Baru
vi) Andaian hakmilik bebas daripaada sekatan dan bebanan
vii) Andaian tanah/tapak dengan pemilikan kosong.

Khalid pada temubual dalam program Bicara Politikonomi  di TV1 malam tadi turut berkata, sesi town hall yang diadakan itu daripada lebih 500 pemilik memberikan respon sebanyak 90 % telah bersetuju menerima tawaran dibuat kerajaan.

” Wakil daripada Perbadanan Kampung Baru memberikan laporan daripada 500 lebih pemilik dan pewaris yang memberikan respon,lebih 90% daripada mereka bersetuju.

“Sebahagian mahukan tunai dan sebahagian mahukan tunai dan rumah.

“Town hall ini sesuatu yang cukup positif tiada orang lebih memahami masalah yang dihadapi melainkan penduduk dan pemilik Kampung baru itu sendiri.

“Ini merupakan peluang keeemasan dan mereka menyedari hal itu.

“Saya telah cuba buat tawaran rasmi dan secara terbuka membuat justifikasi harga dan kebanyakan mereka berterima kasih,” ujarnya.