Khalil persoal pihak pertikai pakaian rasmi Jabatan Amal Pas

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Pemuda Pas mempersoalkan serangan pihak PH terhadap pemakaian uniform Jabatan Amal di hari perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-64, Ahad lalu.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya turut mempertikaikan sejauh mana kesalahan jabatan tersebut sehingga diserang sedemikian rupa.

“Besarnya dosa Jabatan Amal sehingga diserang oleh PH dengan segala ‘bala tenteranya’. Salahnya kerana dianggap silap berpakaian.

”Mana besar dengan dosa pembohongan janji 100 hari PH? Mana besar dengan kes rasuah Lim Guan Eng yang dibebaskan dengan penuh kecurigaan atau mana besar dengan keruntuhan moral puak-puak yang membela lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)?,” katanya seperti dipetik Sinarharian online.

Sebelum ini, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan Jabatan Amal yang menyerupai uniform tentera.

Beliau pada masa sama berkata, sekiranya benar terdapat kesalahan yang dilakukan oleh Jabatan Amal, teguran perlulah dibuat secara perpada-pada.

“Kalau nak kecam pun berpada-padalah. Sehinggakan menteri-menteri pun tumpang sekaki.

”Walau dicemuh dan dikecam, Jabatan Amal akan terus mara membawa obor alamal lillah di persada masyarakat,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)