Khasmir dari segi geopolitik

Agak sedih juga apabila membaca berita dari New York Times (12 Ogos 2019) apabila syarikat minyak Arab Saudi (Aramco) membeli 20% daripada sham syarikat minyak terbesar India, Reliance Industries.

Di masa Khasmir memerlukan sokonga dunia, langkah Arab Saudi dengan pelaburan berjumlah AS15 bilion itu seolah-olah merupakan tikam dari belakang kepada penduduk Islam Khasmir.

Tetapi adakah dengan kemungkinan dengan pelaburan besar Arab Saudi di India membuat Kerajaan India akan berlembut dalam urusan mereka dengan umat Islam di Khasmir. Atau dengan pelaburan Arab Saudi di India membuat peluang kepada pelaburan di Khasmir. Mungkin ini adaah strategi Arab Saudi di Khasmir.

Berbalik kepada isu di Khasmir, ia sering dilihat daripada perspektif agama yang dikaitkan dengan tindakan BJP memansuhan aritikel 370 membawa kepada penjajahan kerajaan BJP ke atas wilayah tersebut, satu aspek yang sering diabaikan dan kurang diberikan penekanan ialah sudut geopolitik.

Daripada segi geopolitik, Khasmir adalah jambatan geografi ke wilayah Asia Tengah dan Eropah. Wilayah Khasmir sekarang di tadbir tiga negara kuasa nuklear iaitu China, India dan Pakistan.

Ketiga-tiga negara ini berkongsi sempadan dengan Afganistan, negara di mana Asia Selatan bertemu dengan Asia Tengah. Kepentingan Khasmir ini dapat dlihat kedudukannya yang strategik dalam inisiatif Jaluran Asia Tengah (jalan sutra) dan kedudukan Pakistan yang memeterai kerjasama Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

Selain daripada kemanfaatannya dalam perhubungan jalan darat ke Eropah dan bahagian lain Asia, terdapat kelebihan lain dalam capaiannya yang lebih luas ke Asia Tengah. Wilayah-wilayah ini adalah rumah kepada deposit tenaga dan sumber asli yang lebih banyak termasuk minyak, gas asli, emas, uranium dan sumber tenaga hidro yang banyak. Ia amat bermanfaat kepada CPEC.

Oleh itu Khasmir sangat penting kepada CPEC kerana ia terus-menerus dihubungkan melalui jalan darat di China melalui Asia Tengah. Tambahan pula melalui kedudukan geografi ini, Pakistan akan mempunyai kelebihan ini untuk bertindak sebagai laluan melalui CPEC yang sebahagiannya melalui wilayah Azad-Khasmir di bawah Pakistan.

Dalam hubungan ini China ingin mendapatkan capaiannya ke Laut Arab dan Lautan India melalui CPEC. Ini adalah strategi China bagi mengelakkan sekatan dan konflik melalui laut kerana akan menjejaskan bekalan komersial, tenaga dan ketenteraan. Dengan CPEC segala bekalan dapat disalurkan dengan selamat.

Tambahan pula, capaian China ke Laut Arab dan Lautan India akan memastikan tentera laut China dapat mengawal kapal-kapal mereka di peraian selatan India.

Di sinilah munculnya keprihatinan India mengenai projek CPEC. Baru-baru ini duta India ke Pakistan, Gautam Bambawale membuat satu kenyataan bahawa koridor CPEC melanggar kedaulatan wilayah India percaya kerana ia melalui bahagian Khasmir yang ditadbir Pakistan. Wilayah ini juga dituntut India.

Kebimbangan India ialah kehadiran tentera laut Pakistan dan wujudnya pengkalan tentera laut China di pelaburan Gwadar yang termasuk dalam projek CPEC. Bagi mengekang pengaruh China dan kemanfaatan yang dinikmati Pakistan, India juga sedang bekerja sama dengan beberapa negara serantau – termasuk Koridor Antarabangsa Utara-Selatan, laluan perdagangan yang menghubungkan Afghanistan, Asia Tengah, Rusia dan Eropah. Tetapi di sinilah timbulnya masalah.

Tidak seperti China dan Pakistan, India tidak berupaya menghubungkan dirinya melalui jalan darat ke wilayah-wilayah destinasi melalui wilayah-wilayah dalam Koridor Utara-Selatan itu. Kesulitan ini dapat dilihat kepada kontena dari India yang harus melalui Laut Arab setelahsampai di pelabuhan Iran dan kemudian melalui jalan darat.

Setelah sampai ke pelabuhan Iran terutamanya pelabuhan Chabahar – yang mengkehendaki kapal-kapal dari India ke Iran, trak dan lori akan membawa kontena melalui jalan bergunung ganang dan laluan tidak rata yang mengambil masa yang lama dan amat mahal.

Ini yang membawa India mencari laluan alternatif dan memberikan perhatian kepada Khasmir dan isu pemansuhan artikel 370 dan 35A sangat berkaitan dengan kedudukan geopolitik Khasmir di Kawasan strategik antara laluan Asia Tengah ke Eropah.
Wilayah Azad-Khasmir dan Gilgit-Baltistan merupakan halangan kepada wilayah Jammu yang ditadbir oleh India untuk membuka laluan kepada India ke Asia Tengah.

Kerjasama CPEC akan menyediakan China capaian langsung ke laluan melalui Gilgit-Baltistan sehingga ke Timur Tengah melalui pelabuhan di Gwadar dan Karachi. Ada kemungkinan dengan pengambilihan Khasmir oleh India, mereka akan menumpukan usaha untuk membuka Khasmir kepada laluan ke Asia Tengah dalam kerjasama dengan China.

Seperkara lagi kenapa Khasmir penting kepada India dari segi geopolitik ialah wilayah ini menyediakan air bersih kepada India dan Pakistan. Air glasier yang mengalir melalui Khasmir menyediakan air bersih dan tenaga elektrik kepada berbilion penduduk di kedua-dua negara. Pakistan sangat bergantung kepada air glasier yang mengalir ke negara itu untuk mengairi sektor pertaniannya.

Tiga dari enam sungai melalui Pakistan, tetapi berasal dari Khasmir iaitu Sungai Indus, Jhelum dan Chenab manakala tiga lagi itu iaitu Sungai Ravi, Sutlej dan Bias adalah mengalir ke India.

Namun ke enam-enam sungai berada dalam wilayah Khasmir yang dikuasai India. Ini adalah kritikal bagi Pakistan.Sebarang tindakan India akan menjejaskan Pakistan yang membuka ruang kepada perang terbuka antara kedua-dua negara.

*Penulis adalah pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Unisel