Khatan Perdana: Wakil ibu bapa dakwa tidak dimaklum, Umno salahguna premis sekolah

Khatan Perdana: Wakil ibu bapa dakwa tidak dimaklum, Umno  salahguna premis sekolah

(dari kiri) Suhaimi Ghazali, Normala Ismail, Abdul Jalil Hassan dan Mohd Hafiz Abdul Razak.

Sebahagian ibu bapa pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pandan Indah mempersoalkan tindakan Umno Bahagian Pandan yang menjemput Datuk Seri Jamal Md Yunos dan mendakwa Umno menyalahgunakan premis sekolah untuk kepentingan politik kerajaan BN dalam majlis Khatan Perdana 2017 pada Sabtu lalu.

Wakil ibu bapa yang memperkenal diri sebagai Normala Ismail berkata, ibu bapa membantah jemputan ke atas Datuk Seri Jamal Md
Yunos kerana Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu terbabit dalam pelbagai kontroversi membabitkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Kami bimbang budaya ganas yang dipamerkan Jamal akan menular ke dalam sekolah dengan jemputan tersebut. Ini bukan caranya untuk mendidik generasi muda yang merupakan harapan negara untuk masa depan.

“Ditambah pula majlis yang diadakan itu adalah program diatas nama parti politik.

“Program Khatan Perdana anjuran Pemuda Umno Bahagian Pandan ini tidak dimaklumkan kepada semua ibu bapa Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

“Bahkan bukan semua pelajar sekolah menyertai program tersebut.Ada dikalangan ibu bapa yang tertanya-tanya mengenai program diadakan ini kerana mereka (ibu bapa)  sendiri tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah,” ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Abdul Jalil Hassan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ); Pegawai Pusat Khidmat Dun
Chempaka Suhaimi Ghazali dan Mohd Hafiz Razak Pegawai Media Dun Chempaka.

Menurut Abdul Jalil program yang turut dihadiri Ketua Bahagian Pandan Datuk Hanif Roslan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan Muhammad Faizal Supar oleh pihak sekolah sepatutnya tidak terjadi pada ketika kerajaan Umno-BN sendiri melarang mana-mana parti politik di negara ini mengunakan premis sekolah bagi tujuan mendapat sokongan rakyat.

“Kami daripada Pas dan Pakatan Harapan tidak diberikan peluang langsung jika minta mana-mana wakil rakyat kami pihak sekolah tidak terima.

“Kalau kami nak datang boleh tapi guru besar kena lari dulu kerana guru besar tidak mahu bertangungjawab daripada mana-mana YB bukan dari parti Umno-BN.Bila orang Umno mereka (pihak sekolah) sambut pula.

“Sedangkan di Selangor mereka (Umno-BN) adalah pembangkang macam itu, kenapa tidak sanggup bila kami pula berbuat perkara sama?,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan BN harus bersikap adil kepada semua rakyat tidak kira parti mana mereka memberikan sokongan.

“Rakyat yang tidak sokong kerajaan mereka juga adalah pembayar cukai, kenapa kami dianak tirikan

“Kalau sebuah NGO yang tidak berlandaskan kepada parti tidak akan diletak logo parti dan pemimpin pergerakan pemuda di banner. Gambar PM tidak apalah itu biasa  tetapi gambar pemimpin Umno seperti Jamal buat apa dia tidak terlibat di  bahagian Pandan ini,” ujarnya.

Manakala Suhaimi Ghazali pula berpandangan amat mendukacitakan apabila pembangkang di Selangor ini diberikan keutamaan sedangkan parti yang memerintah di negeri ini diketepikan.

“Dun Chempaka kita (Pas) yang perintah di sini dianaktirikan tetapi pembangkang (Umno-BN) pula diberi keistimewaan untuk mengunakan mana-mana institusi dan sekolah menjadi tempat mereka  berpolitik.

“”Kita di pejabat pusat khidmat Dun chempaka  berpendapat  banyak lagi premis boleh dibuat program sedemikian biarkanlah sekolah terkecuali.,” ujarnya.

Sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka Datuk Iskandar Samad berkata, ibubapa pelajar mempertikaikan kesesuaian Jamal untuk satu program di dalam sebuah sekolah kebangsaan dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar memandangkan reputasi Jamal yang banyak terlibat dengan pelbagai kontroversi.

Selain itu Iskandar turut mempertikaikan keputusan untuk membenarkan Pemuda Umno Bahagian Pandan menganjurkan program di sekolah itu.

Walau bagaimanapun Jamal tidak hadir pada program berlansung itu walaupun banner yang digantung sehari sebelum majlis diadakan jelas memaparkan Majlis Khatan Perdana itu akan dirasmikan oleh Jamal selaku Pengerusi Gabungan NGO 1 Malaysia.

Baca: Khatan Perdana: Kehadiran Jamal dibantah ibu bapa pelajar, dakwa Adun Pas

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 10.0