Khazanah: Lantik Mahathir khianati prinsip urus tadbir, bercanggah Janji 22 PH

Khazanah: Lantik Mahathir khianati prinsip urus tadbir, bercanggah Janji 22 PH

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mahu Pakatan Harapan mempertikaikan pelantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional sebagai mengkhianati urus tadbir dan  bercanggah dengan  Janji 22  dalam Buku Harapan yang mahu menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan setaraf dengan piawaian antarabangsa.

Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan (gambar)  berkata,dengan pelantikan Dr Mahathir  itu bertentangan dengan Janji 22 yang menjelaskan, pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik.

“Disebabkan itu, PH mencadangkan jawatan PM dihadkan kepada dua penggal sahaja dan tidak membenarkan PM memegang jawatan lain terutamanya jawatan Menteri Kewangan.

“Sepertimana yang kita maklum, Khazanah Nasional Berhad adalah syarikat di bawah pemilikan Menteri Kewangan Diperbadankan*.

“Pelantikan PM sebagai Pengerusi Khazanah Nasional dilihat telah mengkhianati prinsip urus tadbir yang digagaskan oleh PH sendiri dan terbukti mereka tidak berbeza dengan Barisan Nasional (BN),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nasrudin lagi, Kerajaan Persekutuan perlu merujuk semula amalan praktis urus tadbir yang lebih telus sepertimana yang telah digariskan oleh ‘Organisation for Economic Co-operation Development (OECD).

“Rakyat tentunya tidak mahu wujud percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa antara seorang PM dan Khazanah Nasional,” tegasnya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan PH pada Isnin lalu mengumumkan Dr Mahathir sebagai Pengerusi baharu Khazanah Nasional susulan peletakkan semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat.

Turut dilantik sebagai Pengarah adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr Sukhdave Singh; dan Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd, Goh Ching Yin.

3.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 0.0