Malaysia Dateline

Khemah Besar dan persefahaman politik: Siapa lebih untung?

Tengahari tadi Sdr Sidek call, bertanya beberapa isu dan kemudian mintak untuk aku BERHENTI menulis berkenaan “Khemah Besar”. Beliau sedikit concern terhadap sebarang kerjasama dengan parti pembangkang selain PH, apatah lagi PPBM.

Aku tanya kembali, apa misi atau matlamat khemah besar?

Dan tanpa beliau jawab, aku sebut, matlamat khemah besar dan apa jua usaha rundingan dibuat kedepan adalah untuk PH menang sebanyak mungkin kerusi.

Letak ketepi soal khianat yang mungkin berlaku, soal mereka nak tubuh kerajaan dengan pihak lain, itu bukan masalah sekarang.

Matlamat kita, PH adalah nak menang sebanyak mungkin kerusi.

Ramai orang letak kefahaman, Khemah Besar adalah untuk angkat Mahathir, Khemah Besar nak buang Anwar. Ini adalah kefahaman yang menyeleweng dan mengarut. Bahkan ini fahaman yang disemai secara jahat oleh musuh AMANAH.

Dalam PRN Johor, banyak kerusi yang sepatutnya dimenangi PH, tapi dimenangi BN apabila undi asal PH beralih kepada PN.

Apa solusi kepada masalah ini? Kita runding dengan PN, untuk mereka tidak bertanding di kerusi ini. Apa kesannya, PH boleh menang dikerusi yang berpotensi tewas. Apakah kita rugi dengan rundingan ini ? Tiada.

Timbal balas dia, di kerusi PN lebih berpotensi, ada di PRN Johor sebelum ini, PN dapat undi lebih tinggi berbanding PH namun BN menang. Disitu situasinya.

Maka kita beri ruang, adakah PH rugi disitu? Tak, sebab jika tiga penjuru akan menangkan BN!

Begitu juga keadaannya dengan PEJUANG, WARISAN, dan MUDA. Khemah Besar akan membuka ruang untuk rundingan untuk elak tiga penjuru yang berpotensi memberi kemenangan kepada BN.

Adakah PH rugi melalui rundingan rundingan ini? Kalau rugi, dimana?

Khemah Besar dan persefahaman politik: Siapa lebih untung?
Di mana ruginya untuk PH “berkhemah besar” dan berunding?

Nanti kena serah kerusi berpotensi kepada mereka? Itu pasal kena ada rundingan, bukan serah bodoh bodoh macam tu.

Timbul persoalan, bagaimana jika mereka khianat?

Kita kembali kepada matlamat asal rundingan, PH nak menang sebanyak mungkin kerusi. Tidak berbangkit soal khianat kalau kita dapat simple majoriti melalui strategi yang betul.

Rafizi membuat kajian letak Pakatan Harapan, mampu menang 80 kerusi pada PRU15 dan kekal releven, maksudnya beliau tahu kerusi mana PH mampu menang, dan baki sekitar 140 kerusi yang ada yang dijangka kalah.

Dengan data yang ada, pertahan 80 kerusi yang diyakini, berunding di 140 kerusi yang boleh menambah peluang kemenangan. Kita perlu sekitar 32 kerusi sahaja lagi.

Jadi, di mana ruginya untuk PH “berkhemah besar” dan berunding?

Idea ini sebenarnya sudah diterima, hatta oleh sebahagian pemimpin KEADILAN pun, namun emosi masih diletak di depan sehingga ramai melihat strategi dengan cara yang salah.