Malaysia Dateline

Khemah Besar: Selagi tiada pihak yang mengalah PH akan ulangi strategi 4 PRN sebelum ini

Khemah Besar: Selagi tiada pihak yang mengalah PH ulangi strategi 4 PRN sebelum ini. Mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) melalui khemah besar, hanya boleh dicapai sekiranya PH berjaya mencapai konsensus atau kata sepakat dan ia harus dilaksanakan dengan segera.

Pengerusi PH Kawasan Tasek Gelugor, Dr Zaidi Zakaria berkata, selagi wujudnya perbezaan pandangan tanpa ada mana-mana pihak yang mengalah, maka selagi itulah hubungan akan menjadi dingin dan kesatuan menjadi lemah serta tudak bersatu.

“Konsep Khemah Besar pada asasnya telah pun dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Presiden PH dan sebab itulah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, PH cuba untuk melaksanakan dan merealisasikan konsep Khemah Besar tersebut.

“Semakin ramai pimpinan, ahli ataupun penyokong bercakap dan berhujah PH-Khemah Besar lawan PH Solo maka semakin renggang dan dingin hubungan antara parti.

Khemah Besar: Selagi tiada pihak yang mengalah PH akan ulangi strategi 4 PRN sebelum ini
Konsep Khemah Besar pada asasnya telah pun dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Presiden PH

“Apabila semakin renggang dan semakin dingin hubungan antara parti, maka semakin sukar bagi PH untuk mengukuhkan kesatuan, sebaliknya PH semakin retak dan lazimnya perbezaan pandangan akan merenggangkan hubungan dan seterusnya menjadi dingin,” ujar beliau ketika dihubungi.

Dr Zaidi yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh juga berkata, bagi mengukuhkan khemah PH, perbezaan pandangan PH-Khemah Besar lawan PH Solo perlu diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, dalam erti kata lain sekiranya tiada pihak yang mengalah pilihan raya umum ke-15 akan hanya sekadar mengulangi strategi 4 PRN sebelum ini dan harus bersedia untuk menerima kekalahan.

Baca juga: Kena faham, konsep Khemah Besar untuk satukan parti pembangkang, bukan kerjasama dengan kerajaan