Malaysia Dateline

Khianati perjanjian PH, hidup Muhyiddin tidak akan senang dunia akhirat

Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan Muhyiddin Yassin merupakan seorang yang paling jahat kerana mengkhianati perjanjian Pakatan Harapan.

“Muhyiddin ini bagi saya dia paling jahat sekali sebab dialah yang menandatangani perjanjian Pakatan Harapan,” katanya dengan emosi yang begitu tegas sekali ketika ditemubual sebuah TV internet Sumbertv.

Katanya, setelah kerajaan Pakatan Harapan yang diberi mandat rakyat pada PRU14 lalu, Muhyiddin bertindak merompak di tengah jalan kemudian menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Menang dalam PH, kemudian lari tubuh kerajaan. Kenapa dia ambil tengah jalan?

“Dialah orang yang mengkhianati perjanjian,” kata Mohamad yang turut mengingatkan moderator agar tidak memotong kenyataannya itu.

Menurut Mohamad, perjanjian Pakatan Harapan didedahkan kepada umum dalam konvensyem pada 7 Januari 2018 di mana beliau dan tiga orang lagi pimpinan telah menandatangani perjanjian itu.

“Saya, Wan Azizah, Tan Kok Wai, Lim Guan Eng, iaitu kalau PH menang PM adalah Mahathir, Timbalan Wan Azizah dan PM mendatang adalah Anwar,” katanya.

Bagaimanapun Mohamad mengingatkan hidup Muhyiddin tidak akan senang dunia akhirat atas apa yang beliau lakukan selama ini.