Khidmat kaunter bayaran bil perlu dipertingkat

Khidmat kaunter bayaran bil perlu dipertingkat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pusat khidmat kaunter pembayaran bil sering menjadi isu pengguna apabila tiada kemudahan seperti nombor giliran pelangan dan juga tempat duduk yang tidak mencukupi ketika menunggu giliran membayar bil.

Perkara ini dibangkitkan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee apabila PAS menerima aduan daripada orang ramai yang sering menghadapi kesukaran ketika waktu puncak dimana ramai pengguna yang ingin membayar bil terpaksa beratur panjang untuk melunaskan bil masing-masing.

“Ada seorang pengguna mengadu kepada pihak kami yang mengatakan terdapat sebuah pusat pembayaran bil di bandaraya Miri yang mempunyai dua kaunter untuk pelanggan bayar bil tetapi hanya satu saja dibuka ketika ramai pengguna terpaksa beratur panjang ketika hendak bayar bil.

“Ada warga emas yang terpaksa berdiri lama menunggu giliran sebab pihak tempat khidmat pembayaran kaunter tidak menyediakan nombor giliran untuk memudahkan orang ramai duduk sementara menanti giliran mereka dipanggil,” ujarnya dalama satu kenyataan pada Jumaat.

Jofri berkata, perkara ini terjadi di kaunter pembayaran bil Sarawak Gas Distribution di dalam kawasan komersial di Boulevard di Miri.

Difahamkan kaunter pembayaran tersebut tidak disediakan nombor giliran sekurang-kurang dengan adanya nombor giliran, mereka dapat duduk sementara menunggu di tempat duduk yang disediakan.

“Kalau mereka duduk sementara menunggu giliran mereka tanpa ada nombor giliran sudah pasti mereka yang datang lewat akan mengambil tempat mereka sekiranya mereka terlepas pandang.

“Kita simpati dengan golongan warga emas dan juga mereka yang kurang upaya yang terpaksa berbaris panjang semata-mata untuk membayar bil gas dan lain-lain.

“Kita mengesa pihak pengurusan pusat khidmat pembayaran bil gas atau mana-mana kaunter yang sering menjadi tumpuan pelanggan membayar bil dapat menyediakan nombor giliran serta menambahkan tempat duduk untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai yang membayar bil di permis masing-masing.

“Untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kaunter pembayaran bil perlu dipertingkatkan.

“Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk memberi perkhidmatan terbaik serta keselesaan kepada pelanggan amat dihargai, ” ujarnya.

TAGS