Khidmat Norhayati masih ditagih perwakilan AWAN Johor

Khidmat Norhayati masih ditagih perwakilan AWAN Johor

Norhayati Bachok (tengah).

Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Negeri Johor hari ini telah mengekalkan Ketua mereka yakni Norhayati Bachok yang merupakan Adun Maharani, Johor.

Pemilihan yang bermula sekitar jam 1:00 tengah hari itu dijalankan dalam keadaan yang harmoni dan tersusun sehinggalah sekitar jam 3:00 petang keputusan diterima.

17 jawatankuasa telah dilantik dari 20 calon yang bertanding serta keputusan pemilihan telah dibuat dengan 17 ahli jawatankuasa telah memilih empat jawatan tertinggi di peringkat negeri Johor.

Empat jawatan tersebut adalah Ketua, Timbalan dan dua Naib Ketua AWAN di Johor.

Dari keputusan itu, Ketua mereka kekal namun untuk jawatan Timbalan Ketua AWAN Negeri Johor berlaku perubahan dari penyandangnya Norimah Ab Karim digantikan kepada Rozita Abdul yang sebelum ini merupakan Naib 1 Ketua AWAN Johor.

Perwakilan yang mengundi di Konvensyen AWAN Johor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JKP) Konvensyen AWAN Johor 2019, Najib Daud bersyukur kerana pemilihan berlangsung tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini.

“Saya amat berpuas hati dengan pemilihan yang berlangsung tengahari ini kerana ia sekaligus menzahirkan matlamat kesejahteraan dalam memilih pemimpin dalam kalangan perwakilan.

“Selain itu keadaan yang harmoni ini mampu untuk dijadikan ikutan bagi pelbagai pihak selain sayap yang lain mahupun pimpinan induk pada pemilihan akan datang,” ujarnya ketika ditemui.

Selain ketua dan timbalan ketua, Naib Ketua 1, Norhayati Bidin yang mengekalkan jawatan sebelum ini dan Naib Ketua 2, Norlia Salleh yang turut mengekalkan jawatan tersebut.

Muka baharu yang dipilih bagi mengalas tugas jawatankuasa AWAN Negeri adalah, Anis Afida Mohd Azli yang merupakan Ketua WARDA Nasional sebelum ini, Safiah Mohd Salleh, Dr Aza Azmeera, Norhayati Majid dan Faizah Amat Sapar.

Manakala yang mengekalkan jawatan sebelum ini adalah, Saadiah Mohamed, Nur Afzani Tual, Norafizah Mohamed Ariff, Raudzah Ahmad, Nazirah Abd Rahim, Elia Nadira, Siti Aida Jamain dan Soraya Salim.