Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Khidmat rawatan lengkap buat jemaah haji di Madinah

Khidmat rawatan lengkap buat jemaah haji di Madinah

BernamaJuly 15, 2019 12:35 pm




Jemaah haji di sini tidak perlu merasa terlalu gusar tentang  kemudahan kesihatan buat mereka kerana Lembaga Tabung Haji (TH) bersama kerajaan Arab Saudi menyediakan kemudahan rawatan lengkap.

Pengarah Operasi (Perubatan) Madinah TH, Dr Hairul Izwan Abdul Rahman berkata, ibu pejabat TH Madinah di Dar Al-Jiffry di sini menempatkan pusat rawatan utama disokong dengan masing-masing satu klinik rawatan di tiga zon penginapan jemaah haji.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada semua jemaah haji atas apa jenis penyakit termasuk melibatkan pembedahan dan imbas magnetic resonance imaging (MRI).

“Pusat rawatan di Dar Al-Jiffry menyediakan 37 katil pesakit, ini termasuk bilik pemerhatian dan bilik rawatan kecemasan zon kuning dan zon merah. Tiga klinik rawatan kita di Hotel Al-Haram, Hotel Moveinpick, dan Rawda Al-Aqiq.

“Kita pun sudah mendapat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada Julai lepas. Kita bawa (dari Malaysia) pakar dan petugas dari pelbagai cabang perubatan,” katanya kepada Bernama.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun ini dengan dibantu 640 petugas TH.

Dr Hairul Izwan, yang juga pakar kesihatan awam berkata, selain beliau TH membawa pakar perubatan dan pakar bius, selain ahli farmasi, ahli diet, ahli fisio, pegawai perubatan, jururawat, juru sinar-x dan juruteknologi makmal perubatan.

“Kita punyai kemudahan perubatan yang lengkap di sini, bagaimanapun pesakit yang perlu rawatan lebih serius kita akan hantar ke hospital Arab Saudi dan kita akan bersama jemaah di sana bagi membantu,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini pihaknya tidak menerima banyak kes masalah kesihatan, bagaimanapun kes yang diterima melibatkan kes kesihatan kecil seperti demam, batuk, selesema, kulit kering dan sakit lutut dalam kalangan jemaah haji.

Ditanya mengenai apa yang menarik beliau menabur bakti untuk jemaah haji di sini, Dr Hairul, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ipoh, Perak itu berkata, apa yang dilakukannya semuanya atas nama ibadah dan bertugas di sini memberikan pengalaman yang nyata amat berbeza berbanding di tanah air.

“Saya datang ke sini bermula sebagai pegawai perubatan pada tahun 2004, kemudian 2013, 2016, tahun lepas dan tahun ini. Sememangnya kemudahan perubatan dahulu amat berbeza berbanding sekarang. Ubat dan peralatan kesihatan dibawa lebih banyak, pakar dan petugas juga lebih ramai,” katanya.

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production