Malaysia Dateline

KHM Parlimen Santubong rancang pelbagai program 2020

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Santubong akan merancang dan melaksanakan pelbagai program menjelang tahun 2020.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuching Magdellina Alfred Jeho, KHM adalah sebuah badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia.

Katanya, KHM bertindak sebagai memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Selain itu, jelas beliau lagi, ia adalah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap dasar-dasar kerajaan.

“Kita akan menganjur dan mengadakan program bermula tahun hadapan di kawasan Parlimen Santubong bertujuan bagj memperkasakan jaringan komunikasi antara kaum di sini.

“Justeru, KHM adalah sebuah NGO yang yang memainkan peranan untuk menganjurkan perbagai program dan aktiviti yang mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan etnik di Parlimen Santubong, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat penubuhan KHM Parlimen di Pejabat Jabatan Penerangan Daerah Kuching di sini hari ini.

Magdellina menambah,selain KHM Santubong, turut ditubuhkan ialah dua lagi KHM di kawasan Demak Laut iaitu masing-masingnya untuk di Muara Tabuan dan Jalan Bako.

Katanya, ahli-ahli jawatankuasa untuk ketiga-tiga KHM telapun ditubuhkan sekaligus akan menggerakan aktivitit dan program menjelang 2020 nanti.

“Kita yakin dengan tertubuhnya KHM ini akan mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penghayatan terhadap dasar-dasar kerajaan.

” Malah KHM juga berfungsi sebagai penyampai makkumat berkaitan inisiatif dan bantuan yang disediakan kerajaan kepada masyarakat dan penduduk di negeri ini seperti MySalam, i-Suri dan PekaB40,” jelasnya lagi.