Kilang petrokimia di Pengerang meletup

Kilang petrokimia di Pengerang meletup
kejadian letupan dikatakan berlau pada 1.28pagi tadi.-Foto FB Persatuan Bangsa Johor.

Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar kira-kira jam 1.28 pagi Jumaat.

Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang.

Difahamkan kilang tersebut ialah salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Bagaimanapun  pada jam 6.30 pagi tadi mendapati keadaan kembali reda dan api sudah pun dipadamkan.

Syarikat pemaju Rapid, Petronas dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat, seperti dipetik Astroawani.