Kilang simen Lafarge Rawang terbakar, tiga pekerja maut

Kilang simen Lafarge Rawang terbakar, tiga pekerja maut

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku Jumaat lepas, tiga orang pekerja kilang simen Lafarge Malaysia Bhd di Rawang maut.

Kebakaran dikatakan berpunca daripada sebuah tangki bahan api di kilang berkenaan disambar api awal pagi iaitu sekitar jam 4.15 dan 4.20 pagi dan pihak bomba berjaya memadamkan api 10 minit kemudian.

Mereka yang maut akibat kejadian tersebut ialah Mohd Ziehafizan Abdul Rahman, 28 seorang penyelia di kilang berkenaan, Zamri Adenan, 36 seorang juruteknik dan Baskaran A/L Thanakodi, 49 seorang pembantu foreman.

Mayat ketiga-tiga mereka telah dikenalpasti oleh waris di Hospital Sungai Buloh lewat malam semalam. Demikian diumumkan oleh pihak syarikat berkenaan pagi ini.

Pihak pengurusan Lafarge Rawang mengucapkan takziah kepada waris ketiga-tiga mangsa berkenaan atas kejadian tersebut.

CATEGORIES