Pada saat ini, rakyat Malaysia pasti sedang mencuba pelbagai cara untuk melajukan kembali kipas di rumah untuk menghilangkan kepanasan.
Tidak perlu membazir wang dengan membeli kipas yang baru, orang ramai boleh mengikuti tips dari pengguna Twitter, Azfar Ahmad.
Menurut Azfar, pengguna cuma perlu menggantikan ‘kapasitor’ di dalam kipas untuk melajukan semula peralatan elektrik tersebut.
Bernilai tidak lebih dari RM5, pengguna boleh membeli mengikut jenis model dan jenama kipas atau mengambil gambar kapasitor kipas di rumah.
Untuk membuka kipas syiling, pengguna perlu memusing casing kipas mengikut lawan arah jam sebelum menemui tiga skru.

Setelah tiga skru itu dibuka, barulah pengguna akan dapat melihat board yang perlu dicabut untuk menukar kapasitor.
“Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar kapasitor baru.

“Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, apa kata cuba tukar kapasitor dulu,” ciapnya.
Pembaca boleh mencuba cara ini kerana cuaca panas berpanjangan dijangka berterusan sehingga bulan Ogos ekoran musim peralihan monsun.
Baca juga: “Tolong jangan tutup lampu tandas kalau anda bermalam di hotel”