Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kira-kira 200,000 dos vaksin influenza akan tiba

Kira-kira 200,000 dos vaksin influenza akan tiba

Oleh BERNAMAJanuary 18, 2020 3:44 pm




Kira-kira 200,000 dos vaksin influenza akan dibawa masuk dalam masa dua bulan ini bagi memenuhi permintaan yang mendadak bagi vaksin itu pada masa ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 16,800 dos sudah tiba di negara ini hari ini, manakala selebihnya akan tiba secara berperingkat.

“Sebanyak 15,000 dos akan tiba pada 20 Jan dan 67,000 dos pada 27 Jan, menjadikan jumlah sekitar 100,000 dos vaksin akan tiba bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kesihatan di Bangunan Peladang di Jalan Templer di sini hari ini.

Karnival Kesihatan yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) diadakan hari ini di 11 negeri bertujuan menekankan kepentingan kesihatan dalam kalangan orang ramai.

Dr Dzulkefly berkata sebanyak 100,000 dos vaksin lagi akan diperoleh dalam masa dua ke tiga minggu.

Sementara itu, beliau menggesa kesemua penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap keadaan wabak itu dengan mengaut keuntungan dan menaikkan harga vaksin keterlaluan.

Beliau berkata walaupun terpulang kepada mereka untuk menetapkan harga vaksin influenza kerana ia tidak berada di bawah kategori ubat terkawal, namun harga yang dikenakan tidak seharusnya melebihi RM100.

“Kita perlu bekerjasama untuk membantu memerangi penyakit ini kerana permintaan dan bekalan telah menjadi enam kali lebih tinggi, justeru, kita berharap tiada lagi kenaikan harga pada vaksin ini.

“Kami belum menerima sebarang aduan daripada orang awam mengenai perkara itu…tetapi orang ramai boleh berbuat demikian sekiranya mereka mendapati mana-mana penyedia penjagaan kesihatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Dzulkefly berkata kerajaan menyedari bahawa kos penjagaan kesihatan meningkat dan kementerian sendiri sedang melakukan yang terbaik untuk menangani isu ini.

“Rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri, mengamalkan tabiat yang sihat sejak usia muda dan menjalani gaya hidup sihat atau simpanan dan dana persaraan akan dibelanjakan untuk bil hospital, itulah realiti yang menyakitkan.

“Adalah menjadi harapan saya supaya lebih ramai rakyat Malaysia akan memahami kepentingan kesihatan dalam apa jua yang kita lakukan dan tanpa kesihatan, kita mungkin tidak akan maju dalam karier kita…produktiviti dan kewangan negara juga akan terjejas,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production