Malaysia Dateline

Kirim gambar fitnah Khalid Samad, laporan PDRM, SKMM akan dibuat

Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Azli Yusof berkata, pihaknya akan membuat laporan PDRM dan SKMM kepada pemilik akaun Facebook (FB) bernama Norliah Jamal.

Katanya, laporan akan dibuat terhadap pemilik akaun FB tersebut berhubung kiriman gambar yang memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad di ruangan komentar FB Azhar Muhammad – Friends of Pas Original.

Melalui kenyataannya di FB itu, beliau bagaimanapun tidak memberitahu bilakah laporan itu akan dibuat.

Dalam ruangan komentar FB Azhar Muhammad – Friends of Pas Original itu, gambar yang dikirimkan memperlihatkan Khalid Samad sedang memegang gelas berisi minuman keras.