Malaysia Dateline

SATIRA: Kisah 6 Din

1. Din Dua Dos

Dari Kurong Batang di Perlis hingga Tambuluran di Sabah, Din Dua Dos yang menerima kritikan rakyat dan sedia digelar bodoh, mengarahkan total lockdown bermula hari Selasa.

Bagi Din ini, senang untuk dia. Dah lah dapat dua dos, gaji jalan, tak berani berhadapan dengan rakyat di televisyen macam tahun lepas. Semuanya PDF.

Mengapa tak lockdown lebih awal bila tiap hari kes 1,000? 3,000??? Mengapa tunggu cecah 8,000 baru lockdown? Sebab tekanan bateri AA?

2. Din 70

Kemudian, Din 70. Susah payah kita beratur kelmarin nak daftar vaksin untuk mak dan ayah, sekarang dapat tahu website itu dibuat percuma. Ke mana duit RM70 juta? Saya lihat ramai yang tanya nama syarikat yang dapat kontrak bina website daftar vaksin. Belum lihat jawapan video Din 70.

Belajar di Oxford tapi tak berani ambil vaksin yang Oxford buat dengan AstraZeneca. Ambil vaksin dari Cina pulak. Kalau dia sendiri tak percaya dekat tempat dia belajar, boleh ke kita percaya kat dia?

3. Din Laptop

Ada seorang lagi, Din Laptop. Tahun lepas, kata budak sekolah akan diberi laptop. 150,000 laptop. Sampai sekarang, anak aku tiada laptop. Sekolah tutup, duduk di rumah, kini masuk tahun kedua anak aku sukar belajar sebab tiada laptop.

Ke mana perginya 150,000 laptop ini? Internet pun susah.

4. Din ICERD

Din yang ini sebut akan ada 5G di Malaysia. 5G internet laju dengan kabel fiber. Tapi, 4G pun aku belum ada di rumah aku. Internet mahal. Sambungan pun macam haram, asyik putus-putus.

Kerja yang aku lihat Din Jendela buat adalah JKOM dengan lebih RM40 juta. Entah apa tugas JKOM ini. Mengapa tidak boleh kurangkan harga internet macam sebelum ini?

5. Din Abang Besar

Malaysia merdeka tahun 1957. Saya berada di Stadium Merdeka, menitis airmataku melihat dan mendengar laungan Merdeka 7 kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tapi tahun ini, Din Abang Besar seperti lupa yang negara yang kita cintai ini sudah merdeka sampai menggelar negara Cina sebagai Big Brother. Begini ke kaedah seorang yang sepatutnya mewakili negara di arena antarabangsa?

Satu sahaja kegunaan Din Abang Besar yang telah saya lihat: Dapat vaksin luar negara untuk Kluster Kayangan. Saya dimaklumkan Din Abang Besar dalam proses memulakan perbincangan dengan kuasa luar supaya dapat mengambil alih dari Din Dua Dos.

6. Din Hijau

Din ini tidak boleh dipertikaikan. Din ini dari golongan yang perjuangkan hak kita hanya bila tiba di akhirat. Sebab itu Din Hijau tawarkan RM20 kepada manusia yang sudah vaksin.

Saya dikhabarkan Din Hijau juga mengusahakan hak banyak kilang supaya boleh terus beroperasi pada waktu PKP ini agar dapat terus menyumbang kepada ekonomi negara.

Akhirul kalam, anda harus berhati-hati dengan Din Din yang ada di keliling kita. Agenda mereka mungkin mempunyai imej menjaga kepentingan anda.

Tapi itulah paling jauh dari kebenaran. Yang menyebabkan Din Din ini sentiasa gagal adalah kerosakan jiwa mereka yang berpunca kepentingan diri. Manusia begini akan membinasakan anda dan keluarga.

Jauhi Din

Tanpa Din, kita boleh menang lawan Covid. Kalau mahu berhibur,  Din yang ini.

#KegagalanDin
#Dinout


Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysia Dateline.