Kisah sedih Vaguito, seekor anjing yang setia mengunjung sebuah pantai di Peru menarik perhatian penduduk sekitar
Menurut penduduk, anjing ini menghabiskan masanya setiap hari untuk menunggu tuannya di tepi pantai Punta Negra yang tidak pernah kunjung tiba.
Memetik Oddity Central, tuannya itu merupakan seorang nelayan, namun dikatakan dia tidak lagi kembali buat selama-lamanya.
Cerita Vaguito yang menyayat hati ini ditulis oleh Jolie Mejía, seorang wanita Peru yang secara kebetulan berjalan di pesisir pantai tersebut di mana dia terlihat anjing tersebut sedang merenung dalam ke arah laut.
Anjing tersebut kelihatan bersih dan ‘cukup’ makannya, Jolie menyangkakan bahawa tuannya akan datang mengambilnya.
Jolie menghabiskan masa beberapa minit untuk membelai dan bercakap dengan anjing itu namun tiada siapa yang datang.
Pada masa yang sama, seorang lelaki yang sedang berjalan di kawasan tersebut melihat raut wajah wanita prihatin berkenaan.
Akhirnya lelaki itu menceritakan kepadanya kisah sebenar di sebalik anjing sepi itu.
Berdasarkan kisah yang ditulis, semasa nelayan itu masih hidup, anjing itu biasanya akan dibawa ke mana-mana sahaja sehinggalah ke hari terakhir ia melihat tuannya pergi memancing sebelum menghilang buat selamanya.
“Dia memberitahu kami bahawa anjing itu telah tinggal bersama nelayan tersebut pada suatu ketika dahulu.
“Dan sejak dari itu, dia datang ke pantai setiap hari dan melihat ke arah laut, menunggu tuannya untuk kembali,” tulis Jolie Mejía di Facebook.
Lelaki itu memberitahu Jolie bahawa semua orang di kawasan itu tahu kisah tragis Vaguito dan dia selalu pulang ke rumah selepas merenung lautan selama beberapa jam. Tetapi dia selalu kembali keesokan harinya.
Foto Vaguito yang sedang merindui lautan menjadi tular di media sosial sebelum dilapor di beberapa akhbar utama Amerika Selatan, termasuk El Confidencial dan La Vanguardia.
Kisahnya yang menyentuh perasaan kini telah tersebar ke media Barat serta mencairkan hati orang ramai.
Rupa-rupanya, Vaguito sudah dikenali kebanyakan orang yang tinggal di sekitar kawasan tersebut. Sekarang Vaguito tinggal di sebuah rumah yang tidak jauh dari pesisir pantai bersama wanita tersebut.
Walaupun dijaga baik oleh wanita berkenaan, namun Vaguito tetap berasakan bahawa dia masih menjadi milik tuan asalnya; nelayan yang hilang dan terkorban beberapa tahun lalu dan tidak akan kembali lagi.
Baca juga: Shuhada dedah ‘chat’ tak senonoh Hafidz Roshdi, bongkar punca cerai dengan bekas suami
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio