Malaysia Dateline

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Ramai yang tanya pada saya, kenapa jenama beras ini Bangla Mati? Saya ini orang Bangladesh. Dah banyak kali saya pernah makan beras ini. Tapi Alhamdulillah saya masih hidup belum jadi arwah lagi.

Lain negara lainlah budaya, lain-lain juga bahasa. Kalau orang Malaysia nak tahu tentang bahasa Bangladesh memang akan rasa pelik.

Dekat Bangladesh ada juga orang yang bernama Sahalam dan sekarang ini dia buat kerja di Malaysia di kawasan Shah Alam juga.

Dekat kampung saya ada orang yang bernama Pintu Ahmed tetapi nak suruh dia jadi pengganti pintu rumah, tak boleh juga, takut dia mengantuk.

Di Nepal, India, Pakistan dan juga Bangladesh kalau kakak ipar kita panggil vabi atau bhabi.

Tapi disebabkan huruf ‘v’ dan ‘h’ agak susah nak sebut biasa kita panggil babi saja. Ada seorang sultan yang bernama Tipu Sultan Padahal, dia orang yang jujur.

Makcik dalam bahasa Bangladesh ialah ‘kaki’. Pakcik = ‘Kaka’, saya (‘ami’), baik ialah ‘bhalo’ bukan bahlol. Jantung ayam = ‘gila’.

Kita orang Bangladesh mula-mula nak belajar bahasa Melayu pun rasa pelik juga. Tapi biasalah. Bukan sahaja lain negara lain bahasa. Kadang-kadang lain daerah lain sangatlah loghatnya sampai rasa bahasa luar negara. Contoh, tidak mahu = ‘tokse’ ( Kelantan).

Jenama beras ini ialah Bangla Mati. Tapi apabila kita baca, kita sebut ‘Bangla Moti’. ‘Moti’ – mutiara dalam bahasa Bangladesh.

Kadang-kadang kalau perempuan gemuk, kita panggil ‘moti’ juga sebab perkataan gemuk dalam bahasa Bangladesh ialah ‘mota’.

Lelaki yang gemuk = ‘motu’, perempuan yang gemuk = ‘moti’ / ‘muti’.

Jangan kecam saya pula ya. Tak ada niat pun nak sekolahkan siapa-siapa cuma bagi penjelasan. Terima kasih ☺️?

 

*Tulisan Mirazulislam Khan yang tersusun penggunaan bahasa Melayu ini mulanya dipetik dari Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang mendapat lebih 4,000 komen, 1,600 perkongsian dan 27,000 tanda suka hanya selepas 14 jam disiarkan.