Kisah cium tangan wakil rakyat

Oleh ARIF ATAN

Anwar Ibrahim kata masih ada penduduk luar bandar yang cium tangan wakil rakyat mereka walaupun pemimpin itu itu gagal membawa mereka keluar daripada wilayah kedaifan.

Beliau menyebut itu ketika melawat ke satu kawasan mengundi di Pusa Sarawak.

Beliau terkejut keadaan di situ merupakan kawasan termundur di Malaysia walaupun berada dalam negeri terkaya.

Apa boleh difahami daripada maklumat itu, rakyat telah menerima sumpahan dahsyat orang politik menjadikan mereka taksub dan lupa diri.

Terus memuja politis walaupun mereka dijadikan gajah penarik. Dan kemewahan hidup rakyat itu tidak wujud dalam negeri terkaya, jika pemimpinnya tidak tahu berbuat sesuatu.

Begitu juga di negeri Chek walaupun kaya dengan khazanah semulajadi tetapi negeri kekal ketiga termiskin. Ada duit tidak ada otak, tetap mundur. Tiada duit kalau pemimpin ada otak negeri tetap membangun.