Kisah hidup kami rakyat Selangor yang hidup sederhana

Pelbagai kemudahan untuk rakyat Selangor yang diberikan melalui Insentif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor. Antaranya Kad Peduli Sihat.

 

Bangun pagi mandi air percuma. Lepas tu hantar anak pergi sekolah guna kann bas Smart Selangor percuma.

Anak balik dari sekolah bagi tahu dia demam, bawak pergi klinik swasta. Tunjuk kad Peduli Sihat dapat rawatan dan ubat percuma setahun RM700.

Balik dari klinik orang rumah ajak pergi singgah pasar raya, katanya barang dapur dah habis.

Bila nak bayar orang rumah keluar kan kad Kiss terus tak payah bayar… dengan nilai RM200 untuk barang dapur tu di tanggung oleh kerajaan Selangor setiap bulan.

Sampai di rumah buka peti surat, bil cukai pintu sampai. Bila buka bil tu, tertulis rumah kos rendah dikecualikan bayar cukai pintu..bil RM0.00.

Selang beberapa minit jiran ketuk pintu bagi tahu ayahnya meninggal dunia..tak perlu risau pasal duit..sebab kerajaan Selangor akan beri sumbagan RM2500 kepada rakyat Selangor warga mas yang meninggal dunia.

Tu belum cerita lagi yang baby lahir di negeri Selangor dapat kad Tawas. Bila dah umur 18 tahun, tahu-tahu dalam akaun ada duit RM1,500.

Anak muda masuk universiti dapat lagi RM1000.

Apa-apapun terima kasih pada MB Selangor dan wakil rakyat yang selalu memikirkan nasib rakyat.

Syabas dan tahniah dari kami rakyat Selangor.