Malaysia Dateline

Kisah kami positif Covid-19 di bumi England

1. Aku, Syam dan Sherynn disahkan positif covid pada minggu yang sama kami dijadualkan menerima vaksin 2 minggu lepas. Jadi aku nak cerita macam mana UK handle pesakit covid yang berisiko rendah macam kami.

2. 8/5 dah 3 hari Syam dah tak sedap badan, pening, demam, tak cukup nafas, cirit. We didn’t think much of it sebab kami takde contact luar dan last dia keluar seminggu sebelum ke universiti untuk bekerja. Aku ingat dia penat sebab puasa je. Aku pulak memang work from home dan Sherynn sekolah dia masih tiada kes covid yang dilaporkan. So kami suspect Syam yang pembawa virus.

Ujian Syam sudah 3 line, maknanya positif.

3. Malam yang sama, aku dan suami buat test pakai Rapid lateral flow test kit yang boleh mintak for free dekat government NHS (National Health Service) website dan dia akan hantar ke rumah. Tapi aku dapat free sebab kawan aku ada lebih so dia kasi. Ada 3 kit dalam tu, so laki aku buat dulu. Positif. Kami cuak. Dia buat second test, positif juga.

4. Tinggal lagi satu, aku cakap, ok biar aku buat pulak. Lepas 10 minit, satu line. Maknanya aku negatif. Aku lega tapi still kami decide untuk self isolate dan Syam aku tak kasi keluar bilik langsung cuma boleh ke bilik air je.

5. 9/5, Syam self isolate dalam bilik, dia masukkan detail result dia dalam NHS test and trace app, dan dia disuruh self isolate selama 10 hari. Pada masa yang sama Syam request for PCR test kit from the govt website. Kit ni dihantar ke rumah satu hari lepas booking dibuat. Percuma.

6. 11/5 PCR test kit sampai. Kami bukak ada 3 kit di dalam. Ikut instruction yang diberikan dan letak dalam website dia dan register untuk dapatkan result dia. Kami buat swab sendiri, dan masukkan dalam kotak dan kami diminta post melalui ‘priority’ post box yang NHS dah tetapkan. Dengan rumah aku 3 minit je jalan kaki.

7. 12/5 result masuk email, sms waktu pagi. Aku dan Sherynn disahkan positif. Aku menangis teriak semua. Syam juga of course confirm positif. Ni satu hari nak raya sedih sebab takleh nak celebrate tapi Sherynn kata ‘takpe mama, let’s get better together’. Lagi nangis aku.

Makluman dari NHS…positif.

8. Kami masukkan result positif dalam app NHS dan kami disuruh self isolate dalam rumah. App ni kasi tracking berapa hari kena kuarantin. Dan details kami semua sudah diberikan kepada NHS.

9. Petang yang sama kami terima panggilan daripada NHS, officer tu ambil details kami, tanya semua details tempat kami pergi dalam waktu seminggu, ada symptoms atau tidak, and the kind of support we should receive. Kami bercakap lebih sejam dalam telefon. Dia kata kalau severe symptoms call ambulance immediately.

10. 13/5 hari raya paling syahdu. Syam dah mula hilang deria rasa dan bau. Aku masih lagi takde symptoms dan makan macam biasa. Sherynn champion langsung takde apa2 gejala so alhamdulillah.

11. 15/5 deria aku mula hilang. Mula2 deria bau hilang dulu, kemudian baru deria rasa. Dia hilang sikit2, aku mula pening kepala, dan badan agak suam. Syam juga ada gejala yang sama cuma dia cepat rasa penat. Aku pun begitu.

12. 16/5 NHS call lagi untuk tanya khabar dan dia tanya samada comply ke tidak dengan self isolation? Aku cakap ya la kena comply. Oh deria bau dan rasa completely hilang time ni. Rasa pening, loya, gigil juga ada.

13. 17/5 aku cuba kerja macam biasa sebab aku morning shift tapi bila tengok skrin lama2 aku jadi pening. Boss aku sangat memahami dan dia kata rilek je kalau tak larat. You’re not expected to work pun. But sigh the Asian in me is strong. Haha

14. 18/5 NHS call lagi pagi2 tanya ok ke tak hari ni. Buat apa etc, kalau teruk dia remind call ambulance ke apa. If not just take it easy. Aku realise covid ni teruk sangat because it robs you of your energy. Aku aktif, cergas sebelum ni tapi dengan covid aku terbaring je. Pernah masa tengah makan kena stop halfway sebab tak cukup nafas.

15. 20/5 NHS call lagi tanya khabar. Standard questions. Gejala aku makin berkurang. Ada random pening yang datang tiba2, Syam pun sama. Tapi gejala dia makin ok. Sherynn masih langsung takde gejala so aku happy dengan tu. walaupun aku terfikir bebudak2 yang aktif walaupun positif ni bahaya sebab kita taktau mereka ni sebenarnya silent carriers.

Makluman tamat kuarantin dari NHS.

16. 21/5 malamnya pukul 12am habis self isolation kami – alhamdulillah lega sangat kami berjaya duduk rumah sepanjang 10 hari ni tanpa ada apa2 masalah. Sesungguhnya ada covid ni membuka mata aku yang virus ni sangat teruk jadi bayangkan kalau kena orang yang sakit, yang tua.

17. Pendapat aku mengenai NHS app test and trace ni: dia accurate in detecting positive cases. Kau kena ‘on’ contact tracing untuk dapat feature ni. Maksudnya, kalau kau keluar rumah masa tengah self isolate dia boleh detect. Dan jika kau expose diri kau dengan orang lain yang negative, orang tu akan dapat notification yang dia dah kena expose dan patut self isolate.

18. Council kasi support ie to get our shopping done or on your mental health. Dia kata kalau nak pick up shopping ke apa, boleh call number yang dia kasi dan mereka akan connectkan dengan council dan mereka boleh ambilkan shopping untuk kau. Diorang juga kasi jadual untuk kau plan sepanjang self isolation supaya kau tak bosan duduk rumah.

19. Virus covid akan duduk dalam badan selama 3 bulan jadi kami tak digalakkan buat swab test lagi lepas isolation period sebab akan ada ‘false positive’. Vaksin kami digalakkan ambil selepas 28 hari positive test, jadi kami akan book untuk ambil vaksin pertengahan June.

20. Bila sakit, covid takde ubat khusus untuk treat dia. Kalau batuk, makan ubat batuk. Kalau demam, makan ubat demam, kalau selsema, ubat selsema. No such thing as hidu wap cengkih, minum air suam ke apa. Virus tu takkan hilang dalam badan. But drinking lots of fluids is recommended because you’d wake up thirsty and tired.

21. Budak2 react dengan covid ni lain. Mungkin sebab immune system dia orang lain. Sherynn sepanjang dia self isolate langsung takde gejala so bayangkan kalau bebudak2 yang kita taktau positive keluar merata2 dan diorang highly infectious.

22. Pengalaman aku kena covid kat sini memang an eye opener. Tak pernah langsung terfikir kami bakal kena. Bila dah kena tu sangat, sangat serik tapi Alhamdulillah kami tak seteruk orang lain.

23. By hari ke 8 isolation deria aku slowly datang balik tapi tak sepenuhnya. Sekarang deria bau aku ada tapi tak sensitif macam normal dan deria rasa cuma ada bila makanan tu ada strong taste. Kalau tak, rasa kosong. Syam sampai sekarang takde deria. Dia even taktau makanan/minuman tu manis/masin/masam/pahit.

Please, please jaga diri, dapatkan vaksin jika turn korang dah sampai. Vaksin ni mengurangkan gejala covid kalau kita ada and it is not 100 percent foolproof tapi once kita dah capai herd immunity, nak dapat jangkitan tu kurang. Tolong, tolong vaccinate xx.

——–
Rahmah adalah bekas wartawan Malaysia yang kini menjadi wartawan di England. Ini adalah versi asal catatan pribadi yang ditulis dalam Facebook beliau tanpa suntingan untuk kekalkan keasliannya.