Malaysia Dateline

Kisah Khalifah yang memuliakan guru

Di zaman Abbasiyah, Khalifah Harun al-Rasyid adalah pemimpin umat Islam yang sangat terkenal menghormati profesi guru.

Beliau pernah mengundang seorang ulama hadis ternama di masanya, Abu Muawiyah al-Dharir.

Sang ulama mengisahkan, “Aku diundang Khalifah untuk membacakan hadis Rasulullah di hadapan beliau. Setiap kali aku sebut kalimat ‘semoga salawat dan salam tercurahkan kepada Baginda Rasulullah’, maka sang Khalifah menitiskan air mata yang jatuh ke lantai”.

Sesudah membacakan hadis, Abu Muawiyah dijamu makan bersama sang Khalifah.

Setelah menyantap makanan beliau mencuci tangan tanpa menghiraukan gelas di depannya yang dituangkan air minuman oleh seseorang.

“Wahai Abu Muawiyah, tahukah siapa yang menuangkan air ke dalam gelasmu? Beliau adalah sang Khalifah sendiri,” demikian dikatakan Wazir pendamping Khalifah.

Abu Muawiyah sejenak memandang wajah Khalifah.

Harun al-Rasyid pun tersenyum dengan berkata, “aku sangat memuliakan orang berilmu.

Di Malaysia hari ini, seorang Khalifah Umat Islam merendahkan posisinya ketika bertalaqi menadah ilmu.

Mahligai rasmi buat Khalifah, tidak diduduki tetapi dihidupkan saban minggu dengan majlis Ilmu dan Ibadah.

Majlis yang turut dihadiri oleh rakyat jelata malah penghuni langit Malaikat yang sukakan majlis tasbih mengingati kebesaran dan perintah Allah swt.

Hari Isnin hadapan, Khalifah Malaysia ini yang saban hari dicerca oleh pengikut parti yang mendakwa lebih Islam daripada orang lain, bakal berdepan undi percaya di Parlimen yang diusulkan sendiri oleh sang Khalifah.

Kepada Allah Taala, penguasa sekalian alam tempat kami rakyat dan ulama nusantara dan dunia bermohon agar kedudukan Khalifah Malaysia ini diperteguhkan.

Semoga Malaysia menjadi Negara Baldatan tayyibatan wa rabbun Ghaffur (Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT) di bawah kepimpinan YAB Khalifah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muinuddin Dzulkifli merupakan ahli AMANAH Putrajaya