Kisah pakcik tua tak boleh mengucap masa nazak, bila mengucap mesti carut, isteri terpaksa dedah perangai suami masa hidup…

Oleh KIM SYAZIE

Kisah seorang pakcik tua yang tidak dapat mengucap ketika di akhir nafasnya benar-benar membingungkan.

Diceritakan, ada seorang pakcik tua sedang terlantar di hospital dan menunggu hari untuk menghadap Ilahi.

Ia berdasarkan pemakluman dari pihak hospital sendiri bahawa pakcik itu tidak mempunyai ‘masa’ yang lama dan perlu ditemani.

Bagaimanapun selepas berhari-hari menjaga si suami, si isteri enggan menjaganya lagi dan meminta nasihat seorang ustaz tentang hukum jika tidak menjaga seorang suami sedang kritikal.

“Ustaz, apa hukum kalau saya tak nak jaga suami saya yang sedang sakit?,” tanya wanita itu, seperti yang diceritakan seorang pengguna TikTok, Syaurah Ishak.

Tidak menjawab soalan, ustaz itu dikatakan meminta izin untuk melawat pakcik tersebut untuk mengetahui apa yang sedang terjadi sebenarnya.

Ketika ustaz tersebut tiba di wad untuk melawatnya, pakcik itu dikatakan sedang dalam keadaan nazak dan ketika itulah ustaz meminta pakcik itu untuk mengikutnya melafazkan kalimah “Lailahaillallah”.

Namun pakcik tersebut tidak dapat menyebut kalimah suci itu. Apa yang keluar dari mulutnya hanyalah kata-kata kesat.

Selepas tiga kali gagal mengucap, pakcik tua itu menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah dan selepas selesai pengebumian barulah si isteri bercerita kepada ustaz tersebut.

“Ustaz tahu tak, sepanjang saya jaga suami saya bila dia sakit dia akan menjerit sakitnya kemudian mencarut. Saya malu dengan nurse, malu dengan doktor, malu dengan orang sebelah yang sakit macam suami saya,” kongsi Syaurah

“Si isteri bercerita, masa suaminya masih hidup, suaminya suka mencarut dengan orang. Carutan tu dah jadi macam bahan jenaka. Bila tak mencarut jadi pelik,” tambahnya.

Wanita itu juga sempat meminta agar ustaz tersebut mengingatkan orang ramai ketika berceramah agar tidak mencarut dan menjaga lisan.

Baca juga: Nak masuk tandas di Malaysia pun kena bayar RM2, reaksi terkejut pelancong Korea buat ramai terhibur