Malaysia Dateline

Kisah penghantar makanan dan saya

Kasihan pada penghantar makanan Food Panda yang bocor tayar, performance terus jatuh apabila terpaksa batalkan tempahan lain lantaran perlu baiki motor.

Cerita pemuda ini secebis kisah rakyat Malaysia yang sangat terkesan dengan krisis ekonomi sekarang.

Kami tempah makanan. Dia lewat sikit sebab tayar motor bocor. Dia call kami lewat dan maklumkan kami akan masalahnya.

Isteri bertanya, bagaimana bang, tak mengapakah lewat. Saya kata, tak mengapa. Kasihan, dia dah ambil makanan kita. Kita makan lewat pun takpa.

Tunggu lama, akhirnya sampai adik Food Panda dengan tayar motor masih pancit.

Saya tanya kenapa tak baiki dulu dik? Takpa kami tunggu ok ja. Kami faham.

Dia jawab, takpa bang; orang dah tempah jadi kami kena hantar juga. Kasihan orang nak makan kena tunggu lama. Lagipun kedai semua tutup.

Sampai saja, saya kata jap nanti abang ambil pam tayar. Cubalah kami pam. Angin tak masuk juga. Rupanya kepala tiub tayar sudah rosak.

Akhirnya, saya cari pekerja saya: tanya tiub dan getah tampung tayar. Semua tidak ada.

Saya kata kat adik penghantar makanan itu. Biar saya hantarkannya ke Tumpat dan tinggal motor di rumah saya. Ataupun jika ada risau, dia boleh naik Grab.

Dia kata takpa bang, saya naik perlahan-perlahan. Sebab ada tempahan lagi, jika saya cancel prestasi saya akan drop.

Akhirnya, saya kata, batalkanlah dahulu tempahan. Uruskan motor dulu. Sambil tanya, adakah Food Panda ada form aduan supaya prestasi adik tak drop.

Dia jawab; Takda bang, dengan muka sedih dan sambil menunjukkan prestasi dia terus drop daripada 90+ kepada 80+ lepas ni saya mungkin susah nak dapat customer jika prestasi drop.

Dia pun kata; takpa lah saya jalan perlahan-lahan ya bang, sambil muka sedih.

Saya nak hantar dia kata tak payah susahkan saya.

Saya cuba google mana-mana kedai tayar bergerak. Kasihan dengan nasib rider Food Panda, yang mana sistem ini agak berat sebelah. Macam sistem kapitalis!

Nanti sambung, saya nak tolong adik ini dulu.

Waktu saya cari nombor tukang tiub, adik ni kata takpalah bang saya kena gerak dulu perlahan perlahan. Pada ketika itu, cuaca macam nak hujan.

Dia terus gerak, saya masih mencari…

Kemudian call dia balik, dia dah lebih 5 hingga 6 km dari rumah saya. Terus ambil kereta keluar cari nak hantar dia ke rumah dia yang terletak di daerah lain.

Akhirnya, dia dapat juga tukang tukar tiub bergerak.

Alhamdulillah, dapat baiki. Masa baiki sempat sembang tanya kerja apa, dah kahwin ke belum, belajar tahap mana, bidang apa, macamana kerja sekarang susah ke?

Dia dah kahwin, dulu kerja, tapi lepas PKP kena berhenti kerja. Ada diploma. Susah nak dapat kerja sekarang; jadi rider Food Panda.

Saya minat nak tolong adik ni sebab dia bersungguh nak hantar makanan walaupun dia dalam kesusahan.

Komitmen dia bagus. Jika saya cari pekerja, saya akan cari orang macam dia.

Dah nak siap, saya kata saya tanggung kos tiub tu.

Dia kata tidak pernah lagi jumpa manusia macam saya sepanjang dia kerja ni, kena marah hantar lambat adalah…

Akhirnya kami berpisah, saya kata doakan saya murah rezeki.

Dan saya pun baliklah, nak makan, laparlah pula.

Ayat paling best malam ini, “Niat papa baik, moga Allah bagi perlindungan” ketika isteri risau sebab keluar rumah tidak makan dengan musim Covid-19 sedang menganas di Kelantan.

Azam tahun 2021 ini, saya nak super upgrade diri saya, agar lebih ramai dapat tolong anak anak muda yang perlukan pekerjaan musim Covid-19 ini. Doakan saya berjaya. Amin.

Selamat Tahun Baharu 2021.