Kisah Tangki Biru Barisan Nasional di Sarawak

Kisah Tangki Biru Barisan Nasional di Sarawak

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

LAKARAN 1 BETING MARO

Baru dua hari saya berada di Dun Beting Maro dan berkesempatan menelusuri kehidupan mereka pagi tadi.

Jelas mereka tidak lagi menaruh harapan kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.

Dalam perbualan ada yang mengadu ini bukan sebab parti sangat tapi ini adalah sikap individu.

Kata-kata itu dikeluarkan merujuk kepada penyandang yang juga merupakan calon ulangan bagi Barisan Nasional (BN) di Dun Beting Maro ini.

Tambah mereka lagi beliau jarang menjenguk penduduk disini.

Cuma yang amat menyedihkan mereka di Beladin hingga kini masih belum menggunakan air paip seperti yang berlaku di semenanjung.

Air mata air yang menjadi sumber air ketika ini.

Namun sumber air tersebut hanyalah untuk tujuan pembersihan seperti mandi, mencuci pakaian atau alatan dapur.

Untuk makan dan minum, mereka hanya menanti air hujan yang ditadah.

Cuba bayangkan jika kemarau yang panjang melanda, apakah rakyat di Beladin khususnya perlu terus hidup terhina seperti ini?

Apakah kezaliman BN hanya ditutup dengan sebuah tangki biru?

TAGS