Sebenarnya untuk menulis tentang ringkasan kes ini, saya kena baca dan hadam terlalu banyak info dari pelbagai sumber. Antaranya, dari media antarabangsa.
Setakat yang boleh, saya cuba tulis dalam bahasa yang mudah walaupun ianya tidaklah mudah, paling kurang untuk saya.
Keterangan saksi bintang (the star witness) pendakwa dalam kes Roger Ng ini – keterangan Tim Leissner – sebenarnya agak panjang lebar.
Apa yang saya lakukan adalah saya cuba ringkaskan sebaik yang boleh. Maaf jika ada kekurangan dan kelemahan.
Dalam mahkamah, apatah lagi di Amerika Syarikat (AS), segala keterangan saksi direkod secara “verbatim” (kata demi kata) oleh wartawan di mahkamah.
Jika tidak silap saya untuk keterangan Tim Leissner bagi pemeriksaan utama (examination in chief -soalan daripada pihak pendakwa) pada hari pertama sahaja, ia agak panjang iaitu lebih kurang 250 muka surat.
Setakat ini saya telah kongsi di siri ini, antara lain, apa yang dikatakan oleh Tim Leissener dalam keterangannya di mahkamah.
Seperti kita tahu, Tim Leissener dan Roger Ng adalah bekas pegawai bank di Goldman Sachs. Ya, mereka bawa laba besar kepada Goldman (AS$600 juta fees) sepertimana mereka juga bawa bala besar kepada majikan mereka.
Untuk berlaku adil kepada Goldman, jika kita membaca “the opening statement” oleh pihak pendakwa, pada awalnya, pihak Goldman enggan menerima Jho Low sebagai pelanggan mereka. Namun, Ng dan Leissener terus berurusan dengan Jho Low atas kapasiti peribadi mereka.
Kata pendakwa, Ng dan Leisener (yang sedar Jho Low adalah client yang “mewah” dan ada “good connection” dengan PM Malaysia pada masa itu – YB Pekan ) cuba pastikan dalam persaingan hebat dalam sistem kapitalisme untuk bank seperti Goldman mendapatkan “lucrative client” seperti Jho Low (yang hakikatnya bermaharajalela dengan wang rakyat negara ini).
Dari situlah, Leissner khususnya, mula memainkan peranan cuba melakukan sesuatu untuk dapat kepercayaan “boss” kepada Jho Low iaitu YB Pekan sendiri – yang jadi PM negara ini pada masa itu.
Antaranya, Tim Leisner cuba tolong mendapatkan anak perempuan YB Pekan jawatan di Goldman Sachs walaupun usaha itu tidak berjaya. Goldman Sachs enggan menggajikan anak YB Pekan.
Akhirnya,Tim Leisneer menggunakan pengaruhnya (pulled his strings) untuk bantu anak perempuan YB Pekan untuk berjaya dapatkan jawatan di PSG – sebuah firma “private equity” Amerika di Hong Kong.
Ketika YB Pekan mengadakan lawatan ke New York pada hari cuti Thanksgiving, Tim Leissner aturkan pula pertemuan antara YB Pekan dengan mantan Ceo Goldman Sachs iaitu Llyod Blankfein , pertemuan sebelum urusan beberapa bonds yang Goldman Sachs uruskan dimeterai.
Bersambung…