Malaysia Dateline

Lim Kit Siang tuntut kes derma RM2.6 bilion Najib disiasat Peguamcara Negara

Kit Siang selamat jalani pembedahan buang tumor

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggangnya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tumor kecil tersebut dikesan ketika Kit Siang menerima rawatan berkala. Manakala ujian yang dilakukan mengesahkan ia kanser tahap satu.

“Pembedahan telah berjaya membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya dan dijangka pulih sepenuhnya tanpa komplikasi.

“Kesihatan Kit Siang beransur sembuh dan beliau juga sudah mula melakukan regangan kaki,” katanya seprti dipetik Sinaronline.

Menurut Guan Eng yang juga anaknya, sepanjang tempoh pemulihan, urusan kawasan di Parlimen Gelang Patah akan dikendalikan wakil khasnya, Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

“Pihak keluarga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak. Saya berharap Kit Siang diberi ruang waktu untuk sembuh agar beliau dapat kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.