Kit Siang seru ahli dan penyokong Pas sokong calon Amanah

Kit Siang seru ahli dan penyokong Pas sokong calon Amanah

Ahli dan penyokong Pas diminta menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) jika tidak mahu undi mereka hanya sia-sia dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini, seru Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahli dan penyokong Pas diminta menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) jika tidak mahu undi mereka hanya sia-sia dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini, seru Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata ia berikutan Pas jelas tidak akan mampu meraih undi sehingga 18,296 seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu. 

Katanya, pada PRU13, calon Pas ketika itu mampu meraih undi sedemikian dengan kekuatan tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR.

“Dalam PRK ini sangat jelas Pas tidak mungkin menang. Pas akan kehilangan lebih kurang 10,000 undi. Daripada 18,000 tolak mungkin 10,000 atau 9,000 dan satu undi untuk Pas adalah sia-sia.

“Oleh kerana kekuatan, kemungkinan Umno menang saja. Kalau mengundi Amanah dan calon Pakatan Harapan ada peluang untuk menang,” katanya sepeti di lapor Berita Harian pada program Pesta Kuih Bak Chang semalam.

Amanah di Sungai Besar melancarkan ‘bak chang’ halal, sejenis ketupat pulut makanan tradisi kaum Cina, sebagai lambang kepada perpaduan serta integrasi kaum dan budaya di negara ini.

Presidennya, Mohammad Sabu berkata, makanan berkenaan dipilih sebagai makanan yang menyatukan semua kaum kerana sejarah pembuatannya yang berkait rapat dengan naratif perjuangan revolusi di Tanah Besar China suatu ketika dahulu.

Beliau merujuk kepada kisah penyair terkenal China, Qu Yuan yang setelah gagal menasihati rajanya yang korup, membunuh diri di sungai Miluo.

Penduduk yang simpati terhadap penyair berkenaan melemparkan kepulan nasi ke dalam sungai berkenaan bagi mengelakkan ikan daripada memakan mayat penyair terbabit.

Makanan berkenaan kemudiannya diberi nama Bak Chang dan menjadi makan tradisi kaum Cina setiap kali tiba Festival Bak Chang yang selalunya diadakan di antar bulan Mei sehingga pertengahan Jun.

Malah, Mohammad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu yang terkenal dengan selorohnya di ceramah-ceramah berkata, kuih tradisi kaum Cina itu juga secara kebetulan sama dengan simbol Amanah.

“Maka (dengan ini) kita dapat membudayakan, merapatkan tali silatulrahim perpaduan kita dengan makanan, budaya dan sebagainya,” katanya dipetik dari Roketkini.

Dalam pada masa yang sama, Mat Sabu turut menggesa supaya semua kaum mencari titik persamaan dalam berbudaya demi menjaga keharmonian dan keamanan di negara.

“Jika kita mencari perbezaan, memang banyak dan akan berlaku pertembungan, tapi berlainan kaum, berlainan agama pun, kalau kita hendak perpaduan, kita hendak kepada keharmonian, kita boleh cari keharmonian dalam masyarakat kita,” ujarnya di program anjuran Angkatan Wanita Amanah itu.

Terdahulu, Mat Sabu bersama-sama Calon Pakatan Harapan PRK Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur cuba membuat ketupat ‘bak chang’ yang diisi dengan inti kacang merah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

TAGS